Betapa ramai di-antara kita yang lupa mensyukuri setiap nikmah yang didapati.
Nikmah Yang Paling Agong
Secara umumnya nikmah yang paling agong itu ialah anugerah keimanan. Juga Islam sebagai agama yang jelas dibenarkan oleh Allah Rabul Jalalluh didalam Al Quran:
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُ ۗ وَمَا ٱخْتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ فَإِنّ "ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ
(Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
Iman dan Islam itulah nikmah yang tiada terperi akan nilai dari nikmah2 yang lain. Namun tidaklah terhitung akan nikmah-nikmah yang diberikan oleh Allah Rabul Jalil yang maha penyayang juga maha pemurah. Tiadalah Allah Rabul Jalalluh itu menyuruh kira atau hitung nikmah-nikmah itu, tetapi tetaplah kita bersedia dan perlunya kita syukuri.
Apa yang paling afdal bagaimana dan mengapa kita beriman sering kali lalai dengan dua nikmah ini:
1) Nikmah Sihat Wa'afiat
2) Nikmah masa lapang yang diberikan Allah Rabul jalil.
Nikmah Sihat:
Inilah nikmah yang ramai diantara kita yang lalai dalam menikmatinya. Tubuh badan yang sihat tidak digunakan juga tidak disyukuri. Kesihatan yang diberikan tidak digunakan dengan sebanyak mungkin dalam melakukan amal ibadah. Seperti melakukan amalan-amalan sunat: solat2 sunat rawatib, Qiamulail dan solat2 sunat yang lain.Melakukan puasa2 sunat dan yang paling utama melakukan solat berjemaah pada solat 5 waktu. Kerana nikmah sihat yang dikurniakan, berjalan kaki menuju ketempat-tempat solat seperti mussalla, surau juga masjid yang mana ini akan juga memberi kesihatan dan afiat kepada tubuh badan.
Namun masih ramai memilih untuk tidak ta'at dalam mendirikan solat 5 waktu. Inilah kefasikan yang amat besar, kerana tidak mensyukuri nikmah sihat itu sendiri.
Juga melakukan kerja-kerja kebaikan dan kebajikan. Juga seperti berbuat budi kepada tanah, bercucuk tanam dan sebagainya. Kerena ini bolih diumpamakan sebagai manesfastasi bila kita berasa syukur kepada Allah Rabul Jalalluh.
Nikmah Masa Lapang:
Allah Rabul Jalalluh telah pun memperuntukan masa yang cukup untuk kita sebagai manusia. Selalu kita mendengar keluhan dari kalangan kita dengan ungkapan "tiada masa" - "No Time.
Telah dijadikan siang dan malam, masa, hari, bulan dan tahun sejak mula Allah Rabul Jalalluh mencipta langit dan bumi. Waktu siang buat kita diberi masa untuk mencari rezeki. Pada malam harinya buat kita melakukan ibadah baik yang wajib dan yang disunahkan. Lihat sahaja pada waktu menjelang maghrib dan waktu seterusnya di bahagian malam masih ramai dikalangan kita umat Islam tidak menfa'at waktu santai yang lapang ini untuk menghadirkan diri solat berjemaah di surau atau di masjid.
Terutamanya antara masa lapang diantara waktu maghrib dan Isyak, jangka waktu yang singkat ini hampir semua surau dan masjid didatangi kaum Muslimin bagaikan lebah mencari madu dipagi hari. Kerana disurau dan masjid adanya madu-madu manis, selain menunaikan solat maghrib dan Isyak. Yang pasti diantara dua waktu yang singkat ini, diadakan majlis-majlis zikir, pengajian Ilmu baik agama atau zikir2 yang lain.
Alangkah rugi masa lapang diantara dua waktu solat ini dipersiakan begitu sahaja. Anak2 muda sepatutnya merasa ghairah dengan ilmu dari kuliah yang pelbagai tajuk dan cabang ilmu agama Islam. Ibu bapa seharus berkewajiban, mengalakan anak2 muda mereka menghadiri ke musolla, surau dan masjid antara dua waktu santai ini.
Nikmah Waktu Lapang yang sering dilalaikan, tiadalah mereka memahami arti syukur. Waktu lapang yang mereka dapati terus berlalu setiap hari tanpa sedikit pun di menfa'atkan. Seharus kita mensyukuri waktu lapang yang diberi Allah SWT untuk membuat apa juga amal kebaikan. Masa lapang selepas waktu Asyar, ada yang mengambil waktu lapang itu untuk beriadah seketika, selepas balik dari kerja. Namun berapa ramai antara kita, mengunakan waktu lapang untuk beriadah, tetapi tiada pula kelapangan buat menyiapkan diri untuk menunaikan solat, baik secara sendirian, bersama keluarga atau berjemaah di surau atau masjid.
Ramai pula yang ada masa lapang selepas waktu maghrib hingga Isyak namun lalai, solat berjemaah,
menghadari kuliah agama di surau atau masjid malah tiada dilakukan amalan ibadah sunat, tidak membaca Al Quran, tidak berzikir dan nikmah waktu lapang tidak di tempuhi dengan sewajarnya untuk membuat amal ibadat, mengaji ilmu dan kebajikan yang pelbagai untuk diri sendiri sebagai bekalan di hari akhirat. Tetaplah mereka dengan dunia dan kesenangan. Yang mana semua kesenangan dunia itu hanyalah fatamorgana yang illusi dan amat malang kerana tidak pula mensyukuri nikmah waktu lapang.
Imam Al Jauzi mengatakan:
"Dunia adalah umpama ladang buat kita menanam,
Akhirat adalah umpama ladang yang akan kita tuai hasilnya."
Akhir kata janganlah kita mensia siakan Nikmah2 agong yang diberikan Allah Rabbul Jalalluh. Jangan lah kita menjadi insan yang kufur nikmah.
Referensi: https://tafsirweb.com/1151-quran-surat-ali-imran-ayat-19.html