HADIS 11
عن أبي محمد الحسنِ بْنِ علِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وَسَلَّم وَرَیْحَانَتِ هِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : دَعْ مَا یَرِیْبُكَ إِلَى مَ الاَ یَرِیْبُكَ)) رواه الترمذي والنسائي، وقال الترمذي: حدیث حسن صحيح.
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau. Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Menjauhi perkara syubhaat : menjaga marwah dan diri dari terjatuh kepada yang haram - wara’. langkah bagi menutup pintu was-was syaitan.
2) Wara’ salaf terhadap perkara syubhaat : kisah Abu Bakar makan sesuatu yang syubhaat. kisah Umar Al-Khattab dalam pembahagian harta kepada orang-orang Muhajirin dan anaknya sendiri.
3) Meninggalkan perkara khilaf bukan semestinya wara’ : dalam perkara-perkara yang ada rukhsah - ikut lebih baik. yakin dalam suci dan syak dalam hadas - hadis (kentut yakin keluar angin).
4) Wara’ hanya bagi orang yang Istiqomah : yang melakukan perkara yang diwajibkan dan tinggal yang dilarang. mereka yang melakukan dosa besar, tinggal yang wajib tapi berusaha tinggal perkara syubhat - wara’ sesat namanya - kisah darah nyamuk - orang Iraq.
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu. Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram.
Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah suatu sifat wara' yang terpuji.
Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti diulangi.
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang : jaga lidah dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18) setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan.
2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait: tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu. silap faham hadis menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga sunat disangkanya perkara yang tak berkait dengannya.
Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.
Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi kain orang.
Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.
Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.
HADIS 13
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Pokok Perbincangan Hadis:
1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :kisah Abu Zar
Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al- Quran sebagaimana beliau faham.
Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.
Pengajaran hadis:
Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.
Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.
HADIS 14
عَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رَضِىَ الله عَنْه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( لاَ یَحِلُّ دَ مُ
امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّارِكُ لِدِیْنِهِ المُفَارِ قُ
لِلْجَمَاعَةِ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada lbnu Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Darah seseorang muslim tidak halal kecuali dengan salah satu dari tiga perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Terpelihara darah orang Islam : orang yang membunuh orang Islam dengan cara yang tidak benar - Allah janjikan azab yang pedih. orang yang bunuhnya secara sengaja juga bukan dengan hak - janji dilaknat oleh Allah dan diazab.
Rasulullah menjelaskan - membunuh bukan dengan hak- termasuk dalam tujuh perkara yang membinasakan.
2) Zina orang yang berkahwin :
- Ijma’ ulama’ hukumnya direjam sampai mati - kisah Ma’iz dan Al- Ghamidiyyah - ayatnya telah dinasakhkan - hukumnya masih dipakai.
3) Membunuh dengan sengaja :
- Ijma’ ulama’ mengatakan hukumnya balas bunuh - qisas (al- Maidah :45).
- Dikecualikan (gugur qisas):
i) bapa bunuh anak
ii) orang Islam bunuh orang kafir
iii) orang merdeka bunuh hamba.
- pendapat jumhur Imam Malik, Ahmad dan Syafi’e.
4) Murtad :
Hukumnya sama sahaja sama ada lelaki atau perempuan - bunuh.
Hadis Nabi kepada Mu’az ketika ke Yaman - Bila murtad - nasihat, ajak kembali semula kepada Islam - jika enggan - penggal leher.
5) Hukuman Bunuh bagi kesalahan yang tidak disebut dalam hadis ini:
- Liwat - muslim yang telah berkahwin atau bujang - bunuh.(hadis).
- Orang yang cuba memecah belahkan ikatan orang Islam. - bunuh.
- Orang yang membuat kerosakan di atas muka bumi, penyamun.
- Orang yang meninggalkan solat.
- Tukang Sihir - apabila sihirnya membawa kekufuran(pendapat Syafi’e).
Pengajaran hadis:
Menurut hukum Allah seorang mukmin adalah terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan harta bendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman. Apabila berlaku pencerobohan terhadap darah, harta dan maruahnya dia berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara'.
Beberapa orang darahnya dihalalkan iaitu mesti dihukum bunuh. Mereka ialah penzina yang telah merasai nikmat perkahwinan halal, orang yang membunuh tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara' dan orang yang sengaja meninggalkan agama dan jamaah muslimah.
HADIS 15
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ
بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia
diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran
tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia
memuliakan tetamunya.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Kefahaman Hadis :
1) Pergaulan yang baik - menyebarkan kasih sayang antara manusia - mengeratkan lagi ikatan
mahabbah sesama ummat.
2) Menjaga Lidah - berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus -
diam lebih baik.
- perkara kebaikan - bercakap adalah lebih baik.
3) Memuliakan Jiran :
i) wasiat mengenai jiran - ayat Quran - hadis (wasiat jibril pada nabi sehingga nabi menyangka
jiran boleh mewarisi)
ii) Larangan menyakiti jiran - hadis- hadis berkaitan.
iii) Ihsan pada jiran - hadiah, salam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika susah dll.
iv) Martabat jiran :
i) Jiran Muslim (mempunyai pertalian keluarga)
- hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.
ii) Jiran Muslim - hak jiran dan Islam.
iii) Jiran Bukan Muslim - hak jiran.
4) Memuliakan Tetamu :
- Hukumnya adalah wajib - tempoh tiga hari.
- Adab-adab melayani tetamu - rujuk hadis-hadis dan juga kisah nabi Ibrahim.
Pengajaran hadis:
Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan
berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.
Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia
akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti
mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.
Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan
hak mereka dan tidak menyakiti mereka.
Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat
menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan
keharmonian sesebuah masyarakat.
HADIS 16
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Kefahaman Hadis:
1) Marah - pengenalan - punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.
2) Marah/murka Allah - thabit sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi, (al-Fath : 6) (Thoha :
81) - yakin sifat marahNya tak sama dengan makhluk.
3) Sifat marah yang dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki hamun, mencela, memukul dll.
4) Sifat marah yang dipuji : Apabila mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang dibenci oleh Allah.
- contoh : rujuk hadis- hadis mengenainya, kisah Musa bersama kaumnya,Yunus bersama kaumnya.
5) Cara untuk menghilangkan sifat marah :
Doa - agar dibimbing oleh Allah.
Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.
Pengajaran hadis:
Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah
membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain.
Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.
Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah.
Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah, namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.
HADIS 17
عَنْ أَبِي یَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ الله عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( إِ نَّ
الله آَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى آُلَّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ،
وَلْيُحِدَّ أَحَدُآُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِح ذَبِيْحَتَهُ )) رواه مسلم.
Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pokok Perbincagan Hadis :
1) Hukum Ihsan - wajib - mengikut istilah “kitabah” yang digunakan. (al-Baqarah:183) (al- Nisa’: 103).
2) Ihsan - ((memberi manfaat kepada yang lain)) - ada yang wajib/ ada yang sunat. - ((teliti & sungguh-sungguh )) - dalam masaalah melakukan ibadah wajib secara zahir dan batin (yang paling sempurna).
3) Ihsan dalam hukuman bunuh ; perelokkan cara tersebut - paling mudah dan paling cepat mati. tujuannya untuk tidak menyiksa orang yang kena bunuh itu. cara terbaik untuk manusia - penggal leher.
4) Ihsan pada sembelihan :
- Dengan menjaga syarat-syarat, yang wajib dan yang sunat seperti berikut :
- Alat yang digunakan mestilah tajam - (tidak tulang atau kuku).
- Putus tiga urat (serentak) - halqum, marih dan wudjin.
- Membaca bismillah (al-An’am: 121)
- Berkeahlian untuk sembelih - muslim, beraqal, baligh atau ahli kitab.
- Tidak mengacukan mata pisau atau lainnya di hadapan binatang tersebut.
- Tidak memotong mana-mana bahagian binatang itu sehinggalah telah sempurna matinya - tidak pula melampau (putus kepala).
Pengajaran hadis:
lslam adalah agama Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan ehsan bererti sesuatu kerja mesti dilakukan dengan benar-benar sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan kerja sematamata.
Ehsan yang dianjurkan oleh lslam adalah Ehsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang gemilang dan cemerlang, kerana setiap umat lslam dituntut melakukan kerja dengan mutu kerja yang paling maksimum.
Ehsan yang dianjurkan bukan terhad kepada manusia sahaja, bahkan merangkumi ibnatang dan makhluk lain, sehinggakan mahu membunuh, iaitu membunuh tuntut balas dan menyembelihpun, lslam menuntut supaya dilakukan secara Ehsan, iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara yang menambahkan kesakitan dan penyeksaan sebelum mati. lni membuktikan ketinggian budi, kehalusan hati dan keluhuran perasaan orang-orang lslam yang mampu mencipta peradaban yang tinggi.
HADIS 18
عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْ ل
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا آُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّا سَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ)) رواه الترمذي وقال حدیث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح.
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik. Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip,
ia adalah Hadis Hasan Sohih.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Wasiat Allah yang Agong:
- untuk orang-orang terdahulu & kemudian (an-Nisa’: 131).
- Nabi memulakan khutbahnya dengan wasiat ini. (Aali Imran : 102). (an-Nisa: 1), (al- Ahzab:70) .
2) Taqwa - Sesuatu yang diletakkan oleh sesaorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari Allah iaitu murkaNya, dendamNya dan azabNya. - juga termasuk dalam taqwa - melakukan perkara wajib/ tinggal yang haram.
3) Kelebihan sifat ini :Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga. Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya.
Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi.Janji Allah pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa. Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat. Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.
4) Taqwa yang dikehendaki : ketika sunyi dan juga terang-terangan - rasa diperhatikan oleh Allah. tidak rasa muraqabah Allah - alamat ada penyakit hati. (an-Nisa’:108).
5) Maksud perkara yang baik memadamkan yang jahat:
Setengah pendapat -“hasanah” bermaksud taubat (an-Nisa’:17). yang dikehendaki ialah “Taubat Nasuha” -jumhur (al-Furqan:69) hanya dosa-dosa kecil sahaja yang dihapuskan dengan amalan yang baik. dalil terhapus dosa kecil dgn taubat.(an-Nur:31).
6) Akhlak yang baik sebahagian dari taqwa; tanda sempurna iman/ tidak ada padanya sifat-sifat mazmumah. cara memperelokkan akhlak - mengambil qudwah dari nabi saw. Mempelajari sirahnya - cara adab dengan Allah, adab dengan sesama manusia, sesama keluarga dan para sahabat. (al-Ahzab:21).
Pengajaran hadis:
Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.
Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut.
Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.
HADIS 19
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا))
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang,
nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kamu: melaksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan. Allah akan menjaga kemaslahatan duniawi - kesihatan/anak/keluarga/harta. dipelihara din & iman dari syubhat yang menyesatkan/perkara-perkara haram.
2) Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa: jaga hak Allah pada diri dan keluarganya - menepati Quran dan Sunnah. dalil bantuan/Allah bersama (an-Nahl : 128),(at-Taubah : 40),(al-Mujadalah : 7 ).
3) Meminta pertolongan hanya pada Allah: memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat. bersabar atas takdir/ tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah.
4) Beriman kepada Qadho’ dan Qadar : - dalil (at-Taubah : 51) (Aali Imran : 154).
5) Mengingati Allah ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah .
6) Kemenangan bersama kesabaran: (a-Baqarah : 249) (al-Anfal:66).
7) Bersama Bala(karb) itu ada jalan keluar(farj) : (al-Baqarah:214).
8) Bersama kepayahan ada kesenangan (al-Asr) .
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan tempat, lebih-lebih lagi ketika dia dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan hidup.
Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah SWT jua.
Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudharat kepada mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong melakukannya.
Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan.
HADIS 20
عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَ ا
شِئْتَ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Malu- akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).
2) Makna suruhan dalam hadis :
- Suruhan sebagai tahdid (kecaman) - dibayangkan balasan dunia @ akhirat.
- Suruhan terhadap perkara yang harus - pilihan (buat/tak buat).
- Suruhan sebagai pilihan - sifat malu sebagai bentengnya.(dlm perkara maksiat).
3) Malu terbahagi dua :
- Yang boleh diusahakan - mengenal Allah - merasai muraqabah Allah.
- Yang tak boleh diushakan -fitrah yang diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki(kebaikan).
4) Malu yang dicela - yang tidak menepati syarak :malu bertanya tentang agama/ beribadat dalam keadaan jahil.
Pengajaran hadis:
Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.
Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.
Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.
Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.