Erti Aqidah atau Tauhid
Pengenalan
1. Aqidah dari segi bahasa bererti
simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi
pegangan yang kuat
2. Aqidah dari sudut istilah ialah
kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak
atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau
sebaliknya
3. Aqidah Islam ialah kepercayaan dan
keyakinan terhadap Allahﷻ sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan
nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat,
kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allahﷻ sama ada
baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allahﷻ. Seterusnya
patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah
keimanan dan keyakinan terhadap Allahﷻ dan Rasulullahﷺ serta apa yang dibawa oleh Rasulullahﷺl dan dilaksanakan dalam kehidupan
Pengertian Akidah
1. Ilmu yang membicarakan
perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allahﷻ dan sifat-sifat
kesempurnaanNya.
2. Setiap umat Islam wajib mengetahui,
mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang
membawa kepada penyelewengan akidah kepada
3. Aqidah sebenar adalah akidah yang
berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah
Ilmu Tauhid : Ilmu yang menerangkan
tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai
Ilmu Usuluddin : Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu
kepercayaan kepada Allahﷻ dan pesuruhNya
Ilmu Makrifat : Suatu ilmu yang membahaskan
perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal
Ilmu Kalam
: Sesuatu ilmu
yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai
terhadap segala tentangan daripada pihak lawan
Ilmu Aqidah : Suatu ilmu yang membahas tentang
perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada
Huraian Rukun Iman
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Saiyidina Umar Ibni
Al-Khattab r.a bahawa di dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullahﷺ di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullahﷺ maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullahﷺ yang
bermaksud:-
“Jibril telah berkata kepada Rasulullahﷺ, kamu terang kepadaku
mengenai iman maka jawab Rasulullahﷺ, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allahﷻ, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian
dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau
buruk adalah semua daripada Allahﷻ, maka Jibril pun berkata kamu telah
berkata benar.”
Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan
bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu:
1. Percaya kepada
2. Percaya kepada Malaikat
3. Percaya kepada Kitab
4. Percaya kepada Rasul
5. Percaya kepada Hari Kiamat
6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar
Percaya Kepada
Erti beriman dengan Allahﷻ itu ialah mengetahui,
percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara
mustahil dan perkara yang harus bagi Allahﷻ.
Beriman dengan Allahﷻ juga bermaksud:
1. Membenarkan dengan yakin akan adanya
2. Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allahﷻ, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun
dalam menerima ibadat setiap makhluk
3. Membenarkan dengan yakin bahawa Allahﷻ bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci
juga dari menyerupai segala yang baharu
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang
telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu
(menjadi orang-orang yang) bertaqwa –
(Surah Al-Baqarah:21)
Ertinya bahawa Allahﷻ itu adalah pencipta setiap benda yang
ada di ala ini termasuk bumi langit dan planet-planet yang lain, yang dapat
dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan
Percaya kepada Allahﷻ ini adalah pokok kepada kepercayaan atau
rukun-rukun iman yang lain kerana dengan adanya Allahﷻ maka adanya yang
lain-lain itu.
(Bab berikut menjadi mudah bila kita telah faham "Sifat 20" dengan sungguh.)
1. Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah
2. Tauhid Rububiyah bermaksud hanya Allahﷻ sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan
seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai
rabb atau bersama-sama Allahﷻ menjadi Rabb.
3. Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang
Islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allahﷻ sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allahﷻ bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allahﷻ sahaja sebagai pujaan dan sembahannya. Maklud Ilah ialah sesuatu yang
dipuja dan disembah.
4. Mempelajari dan memahami ajaran
5. Maksud beriman kepada Allahﷻ juga
sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah
melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allahﷻ bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala
apa yang datang daripada
Yakin dan
Melaksanakan Petunjuk Allah swt:
Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allahﷻ ialah yakin terhadap apa yang
datang daripada Allahﷻ. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu
Din yang shamil dan kamil serta terbaik
Percaya kepada Malaikat
Ertinya ialah bahawa Allahﷻ telah menjadikan sejenis makhluk
halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan
perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allahﷻ tanpa sesekali
menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allahﷻ daripada cahaya. Sabda Rasulullahﷺ (terjemahanya):
”Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap & dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah”–
(Hadith riwayat Muslim)
Nama dan Tugas Malaikat
1. Jibril – Menyampaikan wahyu dan
perintah Allahﷻ kepada nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada
manusia
2. Mikail – Mengawal cekerawala termasuk
matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut yang dikehendaki
oleh
3. Izrail – Mencabut nyawa seluruh
makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh
4. Israfil – Meniup sengkekala apabila
tiba masanya
5. Raqib – Mencatit amalan baik yang
dilakukan oleh manusia
6. Atid – Mencatit amalan jahat yang
dilakukan oleh manusia
7. Mungkar – Menyoal manusia di dalam
kubur
8. Nakir – Menyoal manusia di dalam
kubur
9. Ridhwan – Mengawal syurga
10.Malik – Mengawal neraka
Antara tugas-tugas Malaikat seperti:
1. Membawa wahyu kepada para Nabi dan
Rasul
2. Bertasbih dan patuh dan sujud pada
3. Memikut Arsy
4. Berdoa untuk orang-orang beriman
Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli
syurga, mengazab ahli neraka dan seumpamanya
Hikmat Beriman Kepada Malaikat
1. Seseorang itu menyedari bahawa dia
sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah laku yang
berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia berada
2. Seseorang akan segera insaf dan tidak
mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak
laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid
3. Seseorang muslim akan sentiasa
melakukan apa yang disuruh Allahﷻ dan menghindar apa yang dilarang Allahﷻ supaya
selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya
dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur
Percaya Kepada Kitab
Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allahﷻ telah
menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran
kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk
akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia
Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:
1. Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa
Qibti)
2. Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa
Ibrani)
3. Injil : Nabi Isa (dalam bahasa
Suryani)
4. Al-Quran: Nabi Muhammad saw (dalam
bahasa Arab)
Firman Allahﷻ yang bermaksud:
(Surah Al-Baqarah: 213)
Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh
Allah & penutup kepada segala kitab-kitab yang terdahulu
Percaya Kepada Rasul
Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allahﷻ telah
mengutuskan beberapa orang rasul yang dipilihNya daripada jenis manusia yang
cukup sempurna. Mereka membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa
kebahagiaan di dunia dan akhirat
Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:
1. Siddiq – Benar pada segala
percakapan, perkhabaran & perbuatan
2. Amanah – Jujur dan tidak membuat
kesalahan
3. Tabligh – Menyampaikan semua perintah
Allah kepada manusia
4. Fathonah- Bijaksana
1. Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan
yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada orang lain
2. Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki
utusan Allahﷻ yang menerima wahyu Allahﷻ untuk dirinya yang wajib disampaikan
kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai
3. Dari segi keaslian : al-Quran tetap
asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia manakala
kitab-kitab lain berubah dan tidak asli
4. Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan
tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja
5. Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab
yang hidup pemakainnya sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan
banyak negara di seluruh dunia
Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab
Menunjukkan bahawa agama yang dating daripada Allahﷻ adalah
satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab yang datang
daripada Allahﷻ mendahului. Para Nabi semasa ke semasa sehinggalah kitab
al-Quran
Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama
yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung
dalam semua kitab-kitab yang datAng daripada
Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan
pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah
perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam
syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza,
tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama
Semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara
al-Quran dan Taurat sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan
kitab-kitab lain.
Percaya Kepada Hari Akhirat
Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling
berat dari segala macam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum
Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli
fakir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikan, sebab beriman
kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan
duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga
turunnya ayat-ayat Allahﷻ menerangkan kedudukan hari Akhirat.
Lima fasa pola beriman kepada hari Akhirat:
1. Tahap kehancuran makhluk yang ada di
muka bumi. Terjadi gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu, air laut mendidih
meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit bergulungan, sedang manusia
mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa
mahupun tidak, hanya Allahﷻ yang tetap kekal
2. Hari kebangkitan di mana manusia akan
dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang Mahsyar
3. Diperlihatkan seluruh amal perbuatan
di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang
baik, sekalipun sebesar zarah
4. Hari menghisab di depan mahkamah
keadilan Allahﷻ, dimana manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil
tanpa ada penganiayaan
5. Hari keputusan di mana manusia akan
menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijanjikan
akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal
kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di
neraka
Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat
1. Memperbaharui kesedaran tentang
hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan
juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia
2. Mempertingkatkan keimanan dengan
merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah dan penguasa serta tuan
punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan segala isi kandungannya
3. Melembutkan hati manusia dengan
mengingati mati dan Hari Akhirat
4. Mengalakkan orang Islam melakukan
ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan
Beriman Kepada Qada Dan Qadar’
Maksud Takdir
1. Takdir ataupun ketentuan Allahﷻ terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan kepada dua:
2. Ketentuan tentang nature yang
mengandungi sebab musabab
3. Takdir atau ketentuan Allahﷻ terhadap
makhlukNya, khususnya manusia
Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allahﷻ
1. Menerima dan redha terhadap apa yang
ditakdirkan oleh Allahﷻ, kerana Allahﷻ Maha Adir dan tidak mungkin melakukan
kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allahﷻ tentukan kepada manusia di luar
dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allahﷻ. Ada sesuatu
hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk
bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allahﷻ Maha Mengetahui apa yang tidak kita
ketahui
2. Mestilah bersabar sekiranya Allahﷻ takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik
apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allahﷻ akan anugerahkan kepada
kita
Peringkat-Peringkat Iman
1. Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya
semata-mata mengikut pendapat orang lain
2. Iman Ilmu – Beriman semata-mata
kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati
3. Iman A’yan – Iman yang terletak di
dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh
4. Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas
dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin, iaitu orang
yang hampir dengan
5. Iman Hakikat – Iman peringkat
tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allahﷻ dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi
Iman Bertambah Dan Iman Berkurang
Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut
amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:
1. Melawan hawa nafsu
2. Mengosongkan hati daripada
sifat-sifat tercela
3. Membiasakan diri dengan sifat-sifat
terpuji
4. Melahirkan keikhlasan berbakti &
berkorban semata-mata kerana
5. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
6. Bertafakur, iaitu memerhatikan
tanda-tanda kebesaran dan kekuasan
Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah
Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah
termasuklah:
1. Supaya terhindar daripad
ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap
2. Meneguhkan keimanan dan keyakinan
kepada sifat-sifat kesempurnaanNya
3. Memantapkan akidah seseorang supaya
tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah
4. Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya
perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan
amalan
5. Balasan Syurga dan Neraka.
Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan
baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke
dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka
6. Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang
boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah
seseorang
Kepentingan Aqidah Dalam Kehidupan Manusia
1. Akidah Sebagai Asas
2. Akidah Sebagai Penentu atau Pendorong
Penyelewengan Dan Kerosakan Akidah
1. Melalui Percakapan atau ucapan
2. Melalui Perbuatan
3. Melalui Iktikad dalam hati
Pembinaan Aqidah
1. Memahami konsep Islam yang sebenarnya
dan memahami konsep akidah secara khusus
2. Membersihkan hati dengan cara
meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh
3. Sentiasa berjihad melawan nafsu dan
syaitan untuk beriltizam dengan Islam
4. Bersama-sama dengan orang-orang yang
soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik
5. Sentiasa berdoa memohon pimpinan
6. Bertawakal kepada
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari
dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah
secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang
mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi
ilmu, amal dan akhlaknya.
(Bab diatas menjadi mudah bila kita telah faham "Sifat 20" dengan sungguh.)
(Sumber: JAKIM)