Thursday

Bab 1 : ALIRAN AL-ASY‘ARI DAN AL-ASYA‘IRAH


(Hanya Hiasan)

Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, 

ALIRAN AL-ASY‘ARI DAN AL-ASYA‘IRAH

Al-Asy'ari atau nama penuhnya Ali bin Ismail bin Ishaq bin Salim bin Ismail bin „Abd-Allah bin Musa bin Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa al-Asy'ari رضي الله عنه. Kunyah (gelaran) beliau ialah Abu al-Hasan.Beliau merupakan seorang tokoh ulama Kalam dan pengasas mazhab usul yang mengambil sempena namanya. Beliau dilahirkan pada tahun 260/874, di kota Basrah dan merupakan keturunan yang kesembilan daripada sahabat Rasulullah iaitu Abu Musa al-Asy'ari رضي الله عنه.Pada ketika ayahnya meninggal dunia, beliau telah diamanahkan untuk dijaga oleh Zakariyya bin Yahya al-Saji (m.285/898), seorang tokoh ulama fiqh al-Syafiiyyah.

Dalam beberapa peristiwa, beliau dikatakan pada usia lebih kurang 10 tahun, telah dipelihara oleh Abu Ali al-Jubba'i (m.303/918), di Kota Basrah dengan berdasarkan cerita yang mengatakan ibunya berkahwin dengan al-Jubba‟i dan beliaulah yang telah membesarkannya. Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, kemudian terus menjadi penganut Mu'tazilah selama hampir 30 tahun sehingga mencapai usia 40 tahun.

Oleh kerana kefasihan dan umurnya, al-Jubba‟i selaku ketua mazhab Mu'tazilah di kota tersebut memilih Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, sebagai penggantinya dalam perbahasan. Beliau merupakan salah seorang anak murid al-Jubba‟i yang terbaik dan mungkin bakal menjadi penggantinya seandainya beliau tidak meninggalkan mazhab Mu'tazilah dengan memasuki golongan Ahl al-Haq wa Ahl al-Sunnah. Ahl al-Sunnah atau Ahl al-Hadith. Aliran ini dianutinya sehinggalah beliau berusia 40 tahun dan tidak sedikit pun daripada umurnya digunakan untuk mengarang kitab-kitab yang bercirikan Mu`tazilah yang berlaku pada tahun 300/912. Dalam kehidupan seterusnya, beliau telah berpindah ke Baghdad dan meninggal dunia di sana pada tahun 324/ 936.

Perubahan mengenai cerita-cerita Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, diterangkan dalam banyak variasi.Ia terjadi tiga (3) kali pada bulan Ramadan iaitu beliau dikatakan telah berjumpa dengan Rasulullahﷺ dalam mimpi dan diperintahkan supaya berpegang kuat kepada hadith. Beliau menganggap mimpi itu sebagai benar dan boleh dipercayai, dan sejak ahli-ahli hadith mencela ilmu Kalam, beliau turut sama berbuat demikian. Bagaimanapun, dalam mimpi ketiga beliau disuruh supaya berpegang kuat kepada hadith dan pada masa yang sama tidak meninggalkan ilmu Kalam.

Cerita-cerita tersebut walaupun tidak dapat dipastikan kebenarannya, menjelaskan kedudukan Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ,. Beliau telah mengenepikan kepercayaan-kepercayaan Mu`tazilah dengan menyertai Ahmad ibn Hanbal رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, yang memang ingin diikutinya seperti yang telah diterangkan oleh al-Subki sendiri. Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ,telah meneruskan kepercayaan dan akidah mazhab al-Salaf yang didokongnya.

Dalam catatan al-Maqrizi, dikatakan bahawa selepas meninggalkan Mu'tazilah, beliau mengikuti aliran Abu Muhammad Abd-Allah bin Muhammad bin Sa'id bin Kullab  dalam segala bentuk pemikirannya yang berlawanan dengan Mu'tazilah. Namun demikian, beliau mempertahankan kepercayaan barunya menerusi hujah-hujah akal yang digunakan oleh Mu'tazilah. Kebanyakan guru Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, adalah terdiri daripada tokoh hadith dan fiqh, dan banyak pendapat atau akidahnya bersumberkan daripada tokoh-tokoh tersebut. Mereka ialah:

1. Zakariyyah ibn Yahya al-Saji (m.285/898).

2.Abi Khalifah al-Jumhi [„Abd al-Rahman ibn „Abd al-Salam al-Jumhi) (m.303/938).

3. Sahl ibn Nuh.

4. Muhammad ibn Ya„qub al-Ma'bari.

5. Abd al-Rahman bin Khalaf al-Dabbi.

6. Al-Jubba‟i [Abu Ali b. Abd al-Wahhab b. Salam] (m.303/918).

Di antara hasil-hasil karya al-Asyari yang terkenal dan menjadi sumber rujukan utama dalam persoalan akidah ialah:

1. Al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah.

2. Al-Luma’ fi Radd ‘ala Ahl al-Zaigh wa al-Bida‘.

3. Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin.

4. Risalah fi Istihsan al-Khawd fi ‘Ilm al-Kalam.

5. Qawl Jumlah Ashab al-Hadith wa Ahl al-Sunnah fi al-I‘tiqad.

6. Risalah fi Radd `ala Ahl al-Thughr bi-Bab al-Abwab.

Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, hidup di sekitar akhir abad ke-3/9 dan awal abad ke-4/10 pada ketika kerajaan Bani Abbasiyyah peringkat pertama telah lemah dan munculnya kerajaan-kerajaan kecil seperti Samaniyyah (261/876), Buwayh (310/925), Hamdaniyyah (317/932) dan Fatimiyyah (297/912). Pada masa tersebut, aliran-aliran pemikiran (firqah) lain mulai berkembang seperti al-Qadariyyah, al-Jahmiyyah, al-Mu'tazilah, al-Karramiyyah, al-Khawarij, al-Syi'ah, al-Qaramitah, al-Batiniyyah dan sebagainya. Di samping itu, kegiatan penterjemahan dan falsafah serta tasawwuf mulai berkembang dengan pesatnya dengan kelahiran tokoh-tokoh mereka masing-masing yang begitu berkaliber.

Pemikiran:

Menurut al-Subki, Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, tidak menciptakan (lam yabda‘) pendapat-pendapat atau dengan kata-kata lain, akidah-akidahnya tetapi beliau sebagai muqarrir mazhab al-Salaf, yang berpegang teguh dengan menggunakan metodologinya dalam mengemukakan dalil dan hujah.Jikalau diteliti secara mendalam terhadap pemikiran Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ,dalam persoalan akidah, jelas kelihatan ia merupakan hasil kombinasi pendapat-pendapat yang diambil dan diceduk daripada pelbagai sumber.

Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, memang terbukti menolak pendapat Mu`tazilah secara menyeluruh. Jadi pendapat Mu`tazilah umumnya tidak ditemui dalam pemikirannya. Bagaimanapun, oleh kerana pada masa perkembangan pemikiran dan akidah sedang dalam proses pengukuhannya, Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, seperti yang dapat dilihat dalam kebanyakan sumber menyebutkan bahawa beliau dikatakan sebagai seorang al-Jabariyyah, al-Murji'ah,al-Sifatiyyah, al-Musyabbihah, al-Hasyawiyyah dan lain-lain.

Ini kerana Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, mempunyai pendapat-pendapat tertentu yang sama dengan pendapat-pendapat yang dipegang dan diyakini oleh mazhab-mazhab tersebut. Mungkin perkara ini berlaku kerana Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, terlibat dalam pemikiran golongan tersebut dan mengambil mana-mana pendapat yang dipersetujuinya ataupun pendapatnya itu adalah pendapatnya sendiri dan secara kebetulan bersamaan dengan pendapat-pendapat mereka.