Saturday

Bab 3- Riwayat Hidup & Pemikiran Abu Al Hassan Al Asy'ari

Abu Al-Hassan Al-Asy'ari: Tokoh Ilmu Kalam (260 - 324 H)

Nama penuh beliau ialah Abū al-Hasan 'Ali ibn Ismail ibn Ishaq al-Asy'ari. Lahir pada M 874-936 (H 260-324), dikenali dgn panggilan Imām al-Asy'ari  atau Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, . Dia adalah seorang Arab Sunni Muslim ahli teologi akademik dan pengasas eponim daripada teologi Ash'arisme atau Asharit, yang membina "sekolah teologi yang paling penting dalam Islam Sunni".

Menurut ulama2 teoloji, walaupun "teologi sekolah Ash'ari sering dipanggil ortodoksi Sunni," ahl al-hadis asli, akidah awal Sunni dari mana Asy'arisme berkembang terus berkembang bersama dengannya Sunni 'ortodoksi' saingan juga. " Menurut sebahgian ahli sejarah ortodoksi (ajarn asal) ini bertanding dalam bentuk " orthodoxy Hanbali / über-Sunni".

Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, terkenal kerana mengambil kedudukan perantara antara dua pemikiran teologi teoritis yang berlainan pada masa itu: Dia menentang kedua-dua Mu'tazilah dimana pada asalnya dialah toloh Mutazilah yg paling tersohor sekali. Namun setelah dia bertaubat dan kembali kepada pegangan ASWJ. Dia menentang semua bentuk penganjuran penggunaan alasan ekstrem dalam perdebatan teologi dan Zahir (menggunakan akal saja) seperti puak2 Mujassim dan Muhaddithin, yang sepenuhnya menentang penggunaan sebab atau kalam , dan mengutuk sebarang perdebatan teologi sama sekali.

Sekolah Al-Ash'ari akhirnya memenangkan "penerimaan luas dalam Islam Sunni, kepercayaan teologi rasmi yang sebahagian besarnya ditakrifkan oleh prinsip Ash'arī." Oleh kerana usaha beliau itu, Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, kemudiannya dihormati oleh seluruh umat Islam Sunni kerana berjaya "bersepadu metodologi rasionalis ahli-ahli teologi spekulatif ke dalam rangka ortodoks Islam." Dia terus dihormati oleh epithets Imām al-mutakallimūn ("Pemimpin Ahli Teologi Scholastic") dan Imām ahl as-sunnah wal-jamā'ah ("Pemimpin Sunni").

Hari ini, majoriti umat Islam di seluruh dunia mendukung fahaman Ahli Sunnah Waljamaah, berakidahkan Asy’ariyah. Tetapi semua itu tidak akan berlaku tanpa jasa seorang ulama besar bernama Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ,.

Imam Abu Hasan atau nama sebenarnya Abū al-Ḥasan Alī ibn Ismāīl ibn Isḥak al-Ash’ari dilahirkan di Basrah pada 260 Hijrah bersamaan 873/874 Masihi. Beliau lahir semasa era khalifah al-Mu’tamid dari Bani Abbasiyyah. Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, bukan sebarang orang kerana beliau merupakan keturunan sahabat Nabi s.a.w yang mulia, Abu Musa al-Ash’ari r.a.

Semasa kecilnya, beliau tidak berpeluang mendapat kasih sayang bapanya, Ismail bin Ishak yang telah pergi menghadap Ilahi. Tetapi dalam wasiatnya, dia meminta agar puteranya itu diajar dalam ilmu hadis oleh Sheikh Zakaria al-Saji rahimahullah. Sheikh Zakaria dianggap tokoh ulung dalam ilmu hadis dan merupakan anak murid kepada Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Selain beliau, Imam Abu Hasan turut berguru dengan Abu Khalaf al-Jahmi, Abu Sahl bin Sarh, Muhammad bin Ya’qub al-Muqri’ dan Abdurrahman bin Khalaf al-Bashri,

Tidak ramai tahu sebelum menjadi pendukung utama Ahli Sunnah Waljamaah, beliau merupakan pendukung fahaman Muktazilah. Ini disebabkan oleh bapa tirinya yang juga seorang ulama Muktazilah terkenal bernama Ali al-Juba’i. Justeru, tidak hairanlah beliau banyak berguru dan berdiskusi dengan figura-figura Muktazilah pada ketika itu.

Tetapi semua itu berubah apabila Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, berdepan jalan buntu bila mendepani satu permasalahan akidah. Mengikut riwayat Ibnu al-Sakir dalam kitabnya Tabyin Kadhib al-Muftari fima Nusiba ila al-Imam Abu’l Hasan al- Ash’ari, beliau bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w sebanyak tiga kali pada bulan Ramadan.

Pada kali pertama, selepas mendengar persoalan yang diajukan oleh Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ,, baginda hanya menjawab, “Ikutilah sunnahku.” Selepas 10 hari, beliau sekali lagi bermimpi berjumpa dengan Rasulullah yang mengungkapkan kalimah sama. Pada 10 hari terakhir Ramadan, Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, sekali lagi bermimpi berjumpa baginda di mana baginda menasihatinya untuk tidak menolak ilmu kalam dan mengikuti apa yang datang daripada baginda.

Ini membantu beliau menyelesaikan permasalahan akidah yang dinyatakan dengan membandingkan permasalahan-permasalahan ini dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Sejak itulah, Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, menetapkan pendirian untuk menolak semua ajaran ekstrem yang wujud ketika itu termasuk Muktazilah dan mendukung sunnah baginda.

Dan sebagai manifestasi penolakan beliau terhadap ajaran Muktazilah, Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, membuat satu ucapan di mimbar selepas 15 hari mimpi terakhirnya berjumpa baginda. Dalam ucapannya, beliau menyifatkan fahaman Muktazilah sebagai menyimpang selepas mendapat petunjuk daripada-Nya. Lantas, mulai hari itu, Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, mengisytiharkan keluar daripada Muktazilah dan kembali mendukung ajaran Ahli Sunnah.

Sejak hari itu, beliau berusaha membimbing umat Islam untuk keluar daripada elemen ekstrem fahaman-fahaman seperti Syiah, Muktazilah dan Qadariyah. Misalnya, dalam ilmu hadis, Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ,mengarang satu kitab khusus untuk mematahkan semua hujah Muktazilah yang dibawa Ibnu Rawandi terhadap hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Antara kitab yang dikarang beliau ialah Kitab al-Mukhtazin (kitab tafsir al-Quran), al-Ijtihad dan al-Qiyas (kitab fiqh).

Begitupun, wujud perselisihan dalam kalangan ulama tentang jumlah sebenar manuskrip yang dihasilkan Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ,. Mengikut al-Sakir, beliau percaya ulama besar Ahli Sunnah Waljamaah itu menghasilkan 90 buah kitab dari pelbagai disiplin ilmu. Tetapi menurut Ibnu Hazm, Ibnu Katsir dan Ibnu Imad al-Hambali, beliau hanya menghasilkan 55 buah manuskrip. Sementara Imam Tajuddin al-Subki pula berpandangan Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, hanya menghasilkan 21 buah kitab.

Di sebalik perbezaan pendapat tentang bilangan sebenar manuskrip beliau, ramai memuji ketegasannya mempertahankan Ahli Sunnah Waljamaah daripada se.ra.ngan liar pendukung fahaman seperti Muktazilah dan Syiah. Imam as-Subki melihat dakwaan Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, membawa bidaah dari segi pemikiran atau mazhab baru sebagai mengarut. Sebaliknya, beliau hanya menegakkan kembali mazhab para ulama terdahulu dan memelihara manhaj yang dibawa oleh para sahabat Nabi s.a.w.

Imam Abu Hasan kembali ke rahmatullah pada tahun 324 Hijrah bersamaan 935/936 Masihi. Sebelum kembali menghadap Ilahi, beliau memanggil temannya bernama Shamsuddin al-Zahabi di mana beliau bersaksi bahawa beliau tidak pernah mengkafirkan seorang pun umat Islam. Ia juga merupakan wasiat Imam Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, kepada umat Islam agar tidak saling melabel kafir antara satu sama lain.

a) Pemikiran al-Asya‘irah:

Berhubung dengan aspek-aspek pemikiran mereka, tidak banyak yang diketahui tentang pemikiran al-Asya'irah dalam setengah abad selepas kematian pengasasnya. Golongan al-Asya„irah berpegang kepada slogan “ mengikut sunnah (Ittiba‘ al-sunnah) adalah lebih baik daripada melakukan bid'ah (ibtida‘). Mereka berpegang kepada sumber-sumber al-Qur‟an, al-sunnah, sahabat, tabi„in dan Ahl al-Hadith. Golongan tersebut tidak begitu memberikan perhatian dan penekanan kepada akal, berbanding dengan Mu„tazilah atau al-Maturidiyyah.

Al-Baqillani merupakan tokoh pertama yang mempunyai hasil tulisan yang wujud dan boleh ditemui, dan pada zamannya, golongan al-Asya'irah menggunakan konsepsi Mu„tazilah tertentu (terutama ajaran Abu Hasyim tentang hal atau ahwal dan mungkin juga dipengaruhi oleh kritikan-kritikan golongan al-Maturidiyyah.

b) Perbezaan dengan pemikiran al-Asy‘ari:

Satu persoalan yang menyebabkan mazhab ini mulai berbeza dengan Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, sendiri adalah mengenai tafsiran ayat-ayat al-mutasyabihat dengan istilah-istilah berunsur fizikal (jism) yang digunakan kepada Allah seperti tangan, wajah dan duduk di atas ‘arasy.

Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, mengatakan bahawa semua perkara tersebut hendaklah diterima bukan dari segi kiasan (tasybih) tetapi bi-la kayfa. Bagaimanapun, Abu Hanifah telah pun berpendapat demikian kerana beliau mengatakan Allah mempunyai tangan, muka dan ruh. Ia adalah sifat-sifat-Nya tanpa perlu bertanya bagaimana (bi-la kayfa). Bagaimanapun, al-Baghdadi dan al-Juwayni mentafsirkan “tangan” secara kiasan (tasybih) sebagai “ kuasa,” dan “wajah” sebagai dhat atau wujud dan ia juga menjadi sikap kebanyakan golongan al-Asya'irah terkemudian.

Dalam persoalan usaha (al-kasb atau al-iktisab), Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, menekankan usaha (kasb) manusia dalam perbuatan adalah diciptakan (makhluq). Dengan demikian, beliau menegaskan bahawa kekuasaan Allah adalah hakiki mankala usaha manusia hanya bersifat perlambangan (majazi) sahaja. Namun, al-Juwayni mengemukakan pendapat bahawa ajaran al-Asya'irah adalah berada di pertengahan. 

C)Perubahan dalam pemikiran al-Asya‘irah:

Menjelang pertengahan abad ke-5/11, perubahan telah berlaku dalam metodologi kerana teologi Islam telah menerima perubahan metodologi daripada tokoh-tokoh ulama seperti al-Baghdadi, Ibn Hazm, al-Razi, al-Ghazali dan juga daripada ahli-ahli falsafah seperti al-Farabi, Ibn Sina dan lain-lain.

Golongan pengikut al-sunnah sebelum Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, berpegang kepada sumber-sumber wahyu (al-naql) dalam persoalan I‘tiqad. Bagaimanapun, aliran-aliran pemikiran (madhhab) lain mengambil bentuk pemikiran falsafah dan berpegang kepada akal dalam persoalan yang sama. Keadaan ini mendorong Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, menggunakan hujah akal untuk menentang aliran-aliran lain bertujuan untuk menjaga al-sunnah.

Tindakannya itu mendorong para pendokong mazhabnya menetapkan akidah-akidah mereka dengan hujah akal untuk tujuan yang sama. Metodologi ini dikekalkan sehingga mereka dikenali sebagai ulama-ulama al-mutaqaddimin (terdahulu) yang diketuai oleh Abu Bakr al-Baqillani (m.403/1013) dan diikuti oleh Imam al-Haramayn Abu al-Ma'ali al-Juwayni (m.478/1085). Seterusnya perubahan berlaku lagi dalam pemikiran mereka yang bercampuraduk dengan pemikiran falsafah hingga mereka dikenali sebagai ulama-ulama al-muta'akhkhirin (terkemudian).

Ibn Khaldun menjelaskan bahawa al-Ghazali merupakan orang yang pertama termasuk dalam golongan modernis yang menulis kitabnya dengan menggunakan metodologi falsafah kerana menggunakan cara berhujah Aristotle. Namun begitu, kesan-kesan itu telah pun wujud sebelumnya dalam perkembangan metodologi al-Juwaini. Mengenai al-Ghazali, sungguhpun beliau dianggap sebagai tokoh al-Asya'irah yang terulung, namun beliau telah menolak kitab-kitab Abu Hassan Al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُdan para ulama kalam yang bercampuraduk dengan falsafah Greek. Al-Ghazali melibatkan diri secara aktif dalam ajaran Ibn Sina dan ahli-ahli falsafah yang lain sehingga beliau akhirnya mampu menentang mereka menerusi asas yang mereka sendiri gunakan dengan beroleh kejayaan yang menggalakkan. Beliau jugalah yang mempelopori kemenangan terakhir al-Asya'irah di Timur.

Fakhr al-Din al-Razi menjejaki langkahnya diikuti oleh para ulama kalam (al-mutakallimin) selepasnya sehingga menyebabkan kedua-dua bidang, ilmu kalam dan falsafah tidak dapat dibezakan lagi. Dari zaman ini dan seterusnya, cara berhujah Aristotle dan metafizik-metafizik Plato baru yang lain diserapkan dalam ajaran golongan al-Asya'irah. Ajaran-ajaran ini dengan begitu cepat menjadi lebih bersifat intelektual dalam keadaan yang tidak begitu sempurna. Pada masa-masa tertentu, pendapat-pendapat ortodoks. 

Yang diragui juga turut diambil dan perbahasan awal falsafah memenuhi hampir sebahagian besar ruang dan perhatian berbanding dengan ajaran ilmu kalam yang sebenar.

Contoh yang paling nyata dapat dilihat dalam kitab al-Mawaqif oleh Adud al-Din al-Iji (m.750/1345) dan Maqasid dan penafsiran kepada kedua-duanya yang mengambil bentuk kitab Tajrid,45 di samping kitab al-Tawali‘ oleh al-Baydawi (m.691/1286).46 Pada akhirnya, mazhab al-Asya'irah boleh dikatakan telah tenggelam dalam arus falsafah.

Para ulama al-Asya'irah selepas kurun ke-8/1448 tidak lagi membawa idea-idea baru, sebaliknya mereka lebih cenderung mengulangi pendapat-pendapat sebelumnya. Dengan gejala-gejala tersebut, selepas abad ke-9/15 dikatakan falsafah ‘ilm al-kalam telah mengalami zaman kebekuan sehinggalah lahirnya Muhammad „Abduh (1322/1904) yang mengulas kitab al-‘Aqa’id al-‘Adudiyyah oleh Muhammad bin As'ad al-Siddiq al-Dawani, dan turut menuliskan akidahnya dalam Risalah al-Tawhid.

Secara keseluruhannya, ia menunjukkan bahawa di antara al-Asy„ari dan al-Asya'irah, terdapat perubahan yang ketara. Mereka tidak lagi terikat dengan metodologi yang diasaskan oleh al-Asy'ari tetapi secara beransur-ansur berubah kepada ciri-ciri pemikiran Mu'tazilah atau falsafah. Perubahan dalam aspek-aspek pemikiran mereka boleh dikatakan turut sama mengubah aliran al-Asya'irah hingga pada abad-abad seterusnya aliran ini tidak lagi dikenali sebagai al-Asya'irah tetapi telah bertukar kepada aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

    رضي الله عنه

Rasulullah

Allah

رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ,

RUJUKAN

al-Fayyadl, M.T. (2020, 19 Jun). Biografi Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari, Sang Penyelamat Umat. NU Online.