Friday

Bab 2: Pemikiran Abu Al Hassan Al Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰ

Di antara persoalan-persoalan pokok yang dikemukakan oleh al-Asy'ari dan menjadi pegangan mazhabnya adalah:

Menurut al-Subki, Abu al-Hasan al-Asy'ari رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, tidak menciptakan (lam yabda‘) pendapat-pendapat atau dengan kata-kata lain, akidah-akidahnya tetapi beliau sebagai muqarrir mazhab al-Salaf, yang berpegang teguh dengan menggunakan metodologinya dalam mengemukakan dalil dan hujah.18 Jikalau diteliti secara mendalam terhadap pemikiran al-Asy„ari dalam persoalan akidah, jelas kelihatan ia merupakan hasil kombinasi pendapat-pendapat yang diambil dan diceduk daripada pelbagai sumber.

Abu Hassa Al Asy'ari-رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, memang terbukti menolak pendapat Mu`tazilah secara menyeluruh. Jadi pendapat Mu`tazilah umumnya tidak ditemui dalam pemikirannya. Bagaimanapun, oleh kerana pada masa perkembangan pemikiran dan akidah sedang dalam proses pengukuhannya, Abu Hassa Al Asy'ari-رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, seperti yang dapat dilihat dalam kebanyakan sumber menyebutkan bahawa beliau dikatakan sebagai seorang al-Jabariyyah, al-Murji'ah,19 al-Sifatiyyah, al-Musyabbihah, al-Hasyawiyyah dan lain-lain.20

Ini kerana Abu Hassan Al Asy'ari-رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ,mempunyai pendapat-pendapat tertentu yang sama dengan pendapat-pendapat yang dipegang dan diyakini oleh mazhab-mazhab tersebut. Mungkin perkara ini berlaku kerana Abu Hassan Al Asy'ari-رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, terlibat dalam pemikiran golongan tersebut dan mengambil mana-mana pendapat yang dipersetujuinya ataupun pendapatnya itu adalah pendapatnya sendiri dan secara kebetulan bersamaan dengan pendapat-pendapat mereka.

Di antara persoalan-persoalan pokok yang dikemukakan oleh Abu Hassan Al Asy'ari-رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, dan menjadi pegangan mazhabnya adalah: 

(1) Ketuhanan (AT -Tawhid):

(a) Abu Hassan Al Asy'ari-رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, mempercayai Tuhan mempunyai sifat yang kekal (qadim) seperti mengetahui, melihat, berkata-kata dan dengan sifat-sifat itulah Tuhan mengetahui, melihat dan berkata-kata, sedangkan al-Mu'tazilah mengatakan Tuhan tidak mempunyai sifat-sifat yang berbeza daripada dhat-Nya.

(b) Abu Hassan Al Asy'ari-رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, mengatakan Allah mempunyai wajah (wajhan), dua tangan (yadain) dan dua mata (`ainain). Beliau menjelaskan bahawa semua sifat itu adalah sifat-sifat sebenar yang keadaannya tidak diketahui dengan tepat (bi-la kayfa)  Beliau menganggap " Allah duduk di atas `arasy" juga dalam cara yang layak buat Nya.

Mu`tazilah mengatakan keterangan Al-Qur'an seperti tangan dan wajah Allahﷻ mestilah ditafsirkan dengan maksud " rahmat ", " zat " dan lain-lain.

(c) Abu Hassan Al Asy'ari-رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ, mengatakan bahawa al-Qur'an adalah Kalam Allah, dan Kalam Allahﷻ adalah qadim, oleh kerana itu al-Qur'an adalah qadim sedangkan Mu`tazilah pula berpendapat al-Qur'an adalah makhluq (bukan qadim).

(d)  Abu Hassan Al Asy'ariرَحِمَهَا ٱللَّٰه berpendapat melihat Allah di akhirat adalah suatu hakikat, walaupun tidak dapat difahami caranya, manakala al-Mu'tazilah pula mengatakan bahawa Allah tidak boleh dilihat kerana ia seolah-olah memperlihatkan bahawa Allah berjisim dan terbatas.

(e) Berhubung dengan kebebasan manusia, Abu Hassan Al Asy'ari-رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ menekankan kekuasaan (qudrah)   Allahﷻ, semua perkara sama ada baik mahupun buruk adalah dikehendaki oleh  Allah, dan Dia menjadikan perbuatan manusia dengan menjadikan dalam diri manusia, kuasa untuk melakukan setiap perbuatan. Ajaran tentang kasb atau iktisab  (usaha) yang kemudiannya menjadi ciri-ciri golongan Al-Asya'irah biasanya disifatkan kepada Abu Hassan Al Asy'ari-رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ  sendiri. Walaupun beliau biasa dengan konsep tersebut, tetapi beliau tidak kelihatan berpegang kepada ajaran itu.

(f) Abu Hassan Al Asy'ariرَحِمَهَا ٱللَّٰه  menekankan bahawa orang Islam yang berdosa besar tetap mu'min tetapi akan menerima hukuman azab neraka. Al-Mu'tazilah mengatakan orang Islam tersebut bukanlah mu'min atau kafir berdasarkan pegangan mereka kepada prinsip al-manzilah bain al-manzilatain.

(2) Hari Kebangkitan (al-Ma‘ad):

(g) Abu Hassan Al Asy'ariرَحِمَهَا ٱللَّٰه  mempertahankan pelbagai aspek ukhrawi seperti al-haud, al-sirat, al-mizan dan syafa`at (Rasulullah) yang dinafikan atau ditafsirkan secara logik (aqli) oleh Mu`tazilah.

Al-Asy„ari bukanlah orang yang pertama menggunakan ilmu Kalam atau hujah akal untuk mempertahankan ajarannya. Di antara mereka yang pernah membuat percubaan yang serupa lebih awal daripadanya ialah al-Harith bin Asad al-Muhasibi (m.243/857). Walau bagaimanapun, kelihatan Abu Hassan Al Asy'ariرَحِمَهَا ٱللَّٰه  menjadi orang yang pertama melakukannya dengan cara yang diterima oleh sebahagian besar ulama. Beliau juga mempunyai kelebihan kerana memiliki pengetahuan yang terperinci dan mendalam mengenai pendapat-pendapat Mu`tazilah.

3. Al-Asya‘irah @ al-Asy‘ariyyah:

3.1 - Latar belakang:

Al-Asy`ariyyah atau al-Asya`irah merupakan mazhab ilmu Kalam yang terdiri daripada para pengikut Abu Hassan Al Asy'ariرَحِمَهَا ٱللَّٰه . Sejarah mazhab ini tidak begitu mendapat perhatian. Sepanjang dua dekad terakhir daripada hidupnya, Abu Hassan Al Asy'ariرَحِمَهَا ٱللَّٰه  dikatakan berjaya menarik ramai pengikut dan dengan itu mazhab ini diasaskan. Ajaran mazhab baru ini sentiasa terdedah kepada serangan daripada berbagai-bagai penjuru. Selain daripada para ulama Mu`tazilah, kumpulan-kumpulan tertentu ulama kalam tradisi (ortodoks) juga turut menyerang mereka.

Menurut pandangan golongan pengikut Ahmad ibn Hanbal رَحِمَهَا ٱللَّٰه . (al-Hanabilah), hujah akal yang digunakan oleh Mu`tazilah dianggap bid`ah yang mesti ditolak. Ini bererti metodologi yang diimplementasikan oleh Abu Hassan Al Asy'ariرَحِمَهَا ٱللَّٰه . turut sama mendapat tentangan daripada mereka.

Dari perspektif lain, golongan al-Maturidiyyah turut mempertahankan ajaran ortodoks dengan hujah akal. Sebahagian daripada mereka kelihatan terlalu bersifat konservatif. Bandingkan: kritikan-kritikan yang dilakukan oleh para ulama awal dalam madhhab tersebut dalam Syarh al-Fiqh al-Akbar yang dihubungkan kepada Al-Maturidi. Walaupun menghadapi tentangan, golongan Abu Hassan Al Asy'ariرَحِمَهَا ٱللَّٰه  beransur-ansur menjadi mazhab yang dominan di tanah Arab dalam kekuasaan Bani `Abbasiyyah (khususnya selepas zaman al-Ma'mun) dan juga di Khurasan.

Secara umumnya dari segi fiqh, mereka menganuti mazhab fiqh al-Syafi`i kerana al-Asy`ari selaku pengasasnya menganuti mazhab fiqh yang sama  manakala golongan al-Maturidiyyah adalah bermazhab Hanafi.

Dari segi pengaruh, gerakbalas golongan Hanbali (al-Hanabilah) yang lebih tertumpu kepada Ibn Taimiyyah (m.728/1327) adalah agak terbatas. Bagaimanapun, kira-kira pada zaman al-Sanusi (m.895/1490), walaupun al-Asy`ari dan tokoh-tokoh besar lain dalam mazhabnya disanjung dan diterima, namun begitu tokoh-tokoh ulama kalam tidak lagi menganggap mereka termasuk dalam golongan al-Asya`irah. Pada hakikatnya mereka telah mengambil ajaran daripada sumber-sumber lain.

3.2 - Ulama al-Asya`irah yang terkemuka:

Di antara tokoh-tokoh ulama yang terkemuka dalam golongan al-Asya`irah terdiri daripada:

1. Al-Baqillani [Abu Bakr Muhammad bin Tayyib] (m.403/1013).

2. Ibn Furak33 [Abu Bakr Muhammad bin al-Hasan] (m.406/1015).

3. Al-Isfara'ini, [Abu Ishaq] (m.418/1027).

4. Al-Baghdadi [Abu Mansur Abd Qahir bin Tahir] (m.429/1037).

5. Al-Samnani, [Abu Ja`far] (m.444/1052).

6. Al-Qusyairi, [Abu al-Qasim] (m.460/1072).

7. Al-Juwaini [`Abd al-Malik bin `Abd-Allah bin Yusuf] Imam al-Haramayn (m.478/1085).

8. Al-Ghazali [Abu Hamid Muhammad] (m.505/1111).

9. Ibn Tumart, [`Abu `Abd-Allah Muhammad] (m.525/1130).

10. Al-Syahrastani [Abu al-Fath Muhammad `Abd al-Karim bin Abi Bakr Ahmad] (m.548/1153).

11. Fakhr al-Din al-Razi [Abu `Abd-Allah Muhammad bin `Umar] (m.606/1210).

12. Al-Iji [`Adud al-Din `Abd al-Rahman bin Ahmad] (m.756/1355).

13. Al-Jurjani [Abu Bakr `Abd al-Qahir bin `Abd al-Rahman](m.816/1413).

14. Al-Sanusi [Abu `Abd-Allah Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Syu`aib] (m.895/1490).

   رضي الله عنه

Rasulullah

Allah

رَحِمَهَا ٱللَّٰهُ,