Berzikir selepas Solat |
Sebaik2 nya selepas selesai mengerjakan solat buatlah amalan berzikir mengingati Allah Rabbul Jalil. Terlalu banyak peringatan Allah SWT juga hadis Rasulullah SAW, menyatakan agar kita berzikir sebanyakan-banyaknya, terutama selepas mengerjakan solat - fardhu dan juga solat2 sunat.
Antara zikir zikir mengingati Allah Yg Maha Agung adalah seperti:
(1)
Istighfar - yang juga menjadi punca pelepas rezeki yang ditahan Allah SWT dari kalangan mereka yang berdosa.
(2)
Membaca Al Quran - kerana setiap ayat dalam Al Quran adalah zikir2 mngingati Allah SWT.
(3)
Menghafal Al Quran - satu upaya zikir, kerana menghafal Al Quran itu mudah bagi orang2 yang beriman.
(4)
Berdoa - Berdoa adalah senjata setiap muslim, mohonlah sebanyak doa dan keampunan kepada Allah SWT. Selepas solat adalah diantara waktu terbaik untuk berdoa.
(5)
Melakukan solat2 sunat - Solat2 sunat dilakukan setelah menunaikan Solat2 fardhu. Solat2 sunat seperti yang dianjurkan olih Rasulullah SAW merupakan amalan yang membawa istiqamah sentiasa mengingati Allah SWT.
(6)
Menyebut2 Nama2 Allah SWT - Juga di anggap zikir terhadap Allah SWT. Malah menyebut nama-nama Allah SWT dalam kerangka berdoa akan menjadi cepatnya setiap doa itu di makbulkan dengan cepat jika kita memohon pertolongan dan kebaikan kepada Nya. begitu juga dengan menzikirkan asma' asma' Allah SWT memohon agar keburukan, mas'alah dan kesulitan dalam menjalani kehidupan dapat dijauhi.
Malah banyak amalan-amalan yang bolih dilakukan selepas menunaikan solat Fardhu atau sunat.
Berdoalah Selepas Solat - Setiap Insan beriman pasti ada ujian dan keingina. |
Bacalah Al Quran Selepas Solat |
Syarah: Ustaz Abu Zahar