Kesibukan dunia sering kali melalaikan kita,Bulan ini kita sekali didatangi lagi dengan mengingati lahirnya seorang insan, pembawa "Rahmat ke Seluruh Alam". Dunia semakin tua dan semakin banyak fitnah dan mehnah. Rasulullah SAW semasa mikraj mengingatkan kita tentang dunia yang telah begitu tua, di ibaratkan bagai seorang perempuan tua yang bertongkat.
Tetapi
kita masih lagi mencari dunia dan kadang kala kita lupa akan hakikat
kehidupan. Tiadalah kita disuruh meninggalkan nikmat didunia dan mencari
kebaikan akhirat sahaja. Malangnya kita selalu tersasar dalam mengejar
dunia dan sering kali juga kita lupa dalam mengingati Nya. Yang pasti
dunia dan alam ini akan lebur menjadi debu,umpama debu-debu diatas
tunggul yang akan berterbangan hilang apabila ditiup angin. Begitu juga
lah kita ini, tiada apa yang kita bawa bila maut datang menjemput kita,
melainkan amal soleh, sedeqah jariah dan doa anak2 yang soleh yang
menjadi bekalan buat dipersembahkan kepada sang pencipta.
Menjadi
kewajipan di antara kita sesama insan muslim, mengingati antara kita.
Disini saya titipkan zikir-zikir yang amat baik kita amalkan, baik yang
mukayat (yang ditetapkan waktu) dan tidak mukayat (tiada batas waktu)
dan zikir2 sahih yang diamalkan oleh Rasul junjungan selepas solat
fardhu. Allah ualam.