Tuesday

MAULID UR RASUL –Motivasi Ummah


 
MAULID UR RASUL –Motivasi Ummah

Saudara Kaum muslimin,
Hari ini sekali lagi kita mengingati dengan lebih khusus lahirnya seorang insan yang membawa harapan dan cahaya iman juga kebenaran kepada "Alam Semesta Ini". Muhammad SAW  diutuskan Allah SWT sebagai Rasul terakhir yang membawa "Rahmatan lil Alamin" - Rahmat ke seluruh Alam. ( A savior to Mankind and the Universe).
Di dunia yang sudah tua ini umat Islam dimerata tempat didunia terus diuji dengan pelbagai rupa bentuk ujian yang getir serta derita yang tiada nampak noktahnya. Palestin tanah dan bumi dimana ramai para Anbiya (Nabi/Rasul) dilahirkan terus menjadi medan penyembelihan umat Islam. Afghanistan, Suria, Iraq, Selatan Thailand, Selatan Filipina dan Khasmir dimana saudara muslim kita terus di tekan dan dihina dengan pelbagai rupa dan cara. Umat Islam diseluruh dunia diancam dengan pelbagai bentuk penekanan dan ujian yang mengugat keimanan. 
Umum mengetahui, 90% umat Islam didunia adalah mereka yang terus berpegang kepada Sunatullah dan Sunnah Rasullulah SAW - yang lebih dikenali sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Kini kita diancam, golongan munafikin yang jelas pegangan dan anutan mereka yang jauh menyimpang dari petunjuk Allah SWT dan Sunnah Rasullulah SAW. 
Perlakuan kebencian dan permusuhan dari kalangan manusia kafirin yang jelas tidak beriman telah wujud sejak sekian lamanya - dari mulanya Nabi2 diutuskan oleh Allah SWT. Yang pasti ini akan terus berlaku sehingga kiamat. Yang lebih berat lagi adalah ujian dari kalangan mereka yang munafik, yang Islam pada luarannya namun hakikatnya merekalah musuh yang amat menguji kekuatan Ukhwah Islamiah dan mengugah keimanan setiap dari kita umat Islam.

Negara kita Malaysia yang kita cintai ini tidak juga sunyi dari ujian, malah kita dapat melihat akan usaha yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam begitu terang, tanpa segan silu dan berselindung lagi. Pelbagai cara dilakukan buat membangkitkan rasa benci mereka terhadap umat Islam di Malaysia.

Yang menjadikan perkara ini berlaku sudah pasti menjadi satu ujian dari Allah SWT kepada mereka sendiri. Para Alim Ulama diuji dengan kealiman mereka, bila tiada lagi rasa "husnul zan"  atau bersangka baik diantara mereka. Bila mereka ini merasakan mereka lah yang lebih 'wa'la dan "waraq". Hilangnya keutamaan dalam kehidupan beragama. Taksub dan lebih mengutamakan mereka yang sealiran dengan fahaman mereka sahaja.
Lebih menyedihkan mereka rela berbaik sangka pula dengan golongan yang jelas menzahirkan kekufuran mereka - yang terang-terangan menghina Agama Islam itu sendiri. Saban hari ada sahaja provokasi dan penghinaan terhadap umat Islam ditanah air ini. Mereka melakukannya dalam pelbagai cara dan bentuk, melalui laman web, blog-blog, media sosial malah demonstrasi yang kadangkala disertai oleh orang Islam yang begitu jelas kurangnya pemahaman mereka tentang Islam itu sendiri.
Mereka dari kalangan yang jelas kufur ini dibantu oleh segolongan orang Islam yang konon tahu banyak tentang Islam mendokong fahaman2 hak asasi manusia, liberal dan plural. Kemunculan golongan seperti ini dari kalangan orang Islam sendiri menjadi ujian yang mengetirkan kita umat Islam di Malaysia dewasa ini.

Fikir-fikirkan lah...
 
Ini ujian Allah SWT buat kita semua, 

Balik  kita pada bulan Rabiul Awal ini. Sekali kita bersama merenung risalah Nubuwah yang di bawa Muhammad SAW buat membawa sinar dan harapan kepada setiap makhluk dibumi dan dilangit.
Selain daripada bulan Ramadhan yang mubarak begitu juga Rejab, Sya’aban dan Muharram yang menjdai titik mula perkembangan iman dan Islam. Kini tiba pula masanya kita mengenang dan menyingkap kembali akan Rabbiyul Awal yang penuh dengan kesejahteraan. Sejarah terus dikenang kembali buat memberi sumber kekuatan dalam perjunagan kita umat Islam di-akhir zaman.
Di Rabbiyul Awal yang sejahtera ini lahirnya seorang Rasul yang membawa cahaya kemenangan buat menyelamatkan manusia dari terus berada dalam kegelapan,kesesatan dan kejahilan. Lahir nya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.Walaupun kedatangan dan kehadiran baginda Rasul telah lama berlalu sejak empat belas abad yang lampau, namun Rasul pilihan ini terus di ingati akan cahaya keimanan dan Islam yang dibawa nya bersama kealam dunia yang penuh dengan ketaghutan.
Junjungan besar Rasul SAW terus di ingati, disalawati malah di sebut dalam setiap solat yang didirikan oleh muslim sejati. Kedatangan dan kelahiran baginda Rasul membawa rahmat agung buat seluruh alam lebih lagi kepada manusia yang ingin beriman. Maka kedatangan Rabbiyul Awal sekali lagi mengingatkan kita kepada peristiwa Maulid ur Rasul, satu detik penting yang sentiasa membuahkan sumber dan daya inspirasi kita buat mengukuhkan kekuatan ummah di seluruh jagat maya ini. Maka sudah seharusnya lah kita umat Islam dari pelbagai bentuk jemaah juga harakah dan lebih2 lagi kepada setiap individu muslim mengimbau kembali akan sejarah Maulid ur Rasul.
Maulid ur Rasul menjadi satu titik permulaan yang menjadi ikutan setiap muslim sejati akan peri hidup Rasullulah SAW untuk digarap dalam kehidupan malah seharus dilaksanakan oleh setiap muslim yang sejati juga benar. Uswatun Nabi – atau peribadi Rasulullah SAW, perilaku junjungan besar SAW sejak mula baginda Rasul SAW dilahirkan menjadi sebaik-baik contoh dalam apa juga bidang kehidupan, baik di-zaman kanak2 nya, diwaktu remaja nya,dewasa nya juga malah cara hidup berumah tangga. Kedatangan Nabi SAW, sebagai Rasul penutup ini terus menjadi pegangan kita dalam meniti kehidupan ini baik dalam apa juga bentuk dan keadaannya, baik dalam bidang peradaban manusia.Begitu juga dengan tuntutan sosial juga kemasyarakatan malah dalam memberi contoh teladan bila ada dikalangan mereka yang menjadi pemimpin didalam lingkungan masyarakatnya.
Rasul Junjungan juga telah memberi kita sebagai manusia dan negara harus di tadbir dan ini dapat kita hayati bagaimana kerajaan Islam di tubuhkan di Madinah Al Muawwarah.
Terlalu banyak contoh yang terlalu luhur, tatacara kehidupan, juga fitrah insani yang mesti di ikuti oleh setiap insan muslimin dalam mendambakan kehidupan yang benar benar barakah baik duniawi dan kebahagian di negara abadi (Akhirat).
Saudara Kaum Muslimin,
Kita tumpukan sorotan risalah pada satu bidang yang saya rasa dapat mencakup keseluruhan perjalanan kehidupan di dunia hingga ke Akhirat dengan menambahkan iman juga membina taqwa di dalam setiap jiwa muslim. Sempena menyambut Maulid Ur Rasul SAW untuk tahun 1433H ini marilah kita semua menghayati juga mengambil iktibar akan prinsip-prinsip asas pada bab “Amal Ma’aruf Nahi Mungkar”.
Bidang yang dimaksudkan:
· Mempertingkatkan usaha menerapkan akan segala sunnah-sunnah Rasulullah SAW dalam tatacara kehidupan kita sehari-hari pada setiap perbuatan dan aktiviti yang dilakukan. Uswatan Nabiyyin – sebagai ikutan ummah yang paling penting juga paling terpuji pada bila-bila masa.
Allah SWT telah memperlihatkan banyak sekali suri tauladan yang difirmankan begitu jelas dalam Al Quran perihal mereka yang terdahulu dari kalangan para nabi dan rasul juga manusia pilihan Nya dalam menegakan yang haq. Sekian kali nya kita diberitakan dengan perilaku Nabi Nuh,Nabi Ibrahim,Nabi Musa, Nabi Isa dan dengan lebih terperinci lagi tentang perilaku Rasulullah SAW.Rasul Junjungan sebagai penutup sekelian Rasul utusan Allah SWT yang semestinya menjadi ikutan setiap mereka yang mengaku beriman.
Keluhuran akhlak Nabi Muhammad SAW dan perjuangannya yang hebat untuk menegakan kalimah Allah SWT dimana Islam sebagai “Ad Din”. Didalam hal ini tidak seorang manusia yang dapat menghalusi buat mengunkapkan akan peri hidup Rasulullah SAW yang sungguh sempurna itu. Tiada bandingan buat mengukur akan keperibadian Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, seorang insan kamil yang paling agung. Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul pilihan bukan hanya untuk bangsa arab sahaja atau sebilangan bangsa dizamannya. Rasulullah SAW adalah “rahmatan lil alamin” iaitu pembawa rahmat untuk seluruh alam. Pada ertikata yang lain Rasulullah SAW adalah kepunyaan semua manusia,jin dah seluruh makhluk di-alam maya ini. Risalah iman yang dibawa baginda akan selama nya menjadi pendoman sekelian manusia pada sepanjang masa hinggalah ke akhir zaman.
Hakikat ini adalah sesuai dengan pengakuan Al Quran itu sendiri yang menegaskan bahawa turunnya Rasulullah SAW adalah untuk memancarkan rahmat bagi seluruh alam.
Budi dan akhlak yang terpuji,keluasan akal fikiran, ilmunya,juga kebijaksanaan nya dalam semua bidang kehidupan menjadi bukti yang paling nyata pula. Betapa tidaknya walaupun baginda Rasulullah SAW tidak pernah bersekolah, tidak tahu membaca juga menulis, namun Rasulullah SAW dapat mengarap bentuk dasar-dasar ilmu pengetahuan yang tinggi. Baginda Rasul SAW tidak tahu membaca namun Rasul SAW dapat mengarap satu bentuk bahasa yang tulin dan murni. Baginda Rasul SAW tidak pernah mendengar apa lagi belajar sejarah lampau sebelum kelahirannya namun baginda Rasul SAW tahu akan kisah-kisah zaman terdahulu. Yang pastinya, semua itu didatang kepada baginda Rasul SAW melalui wahyu dari Allah SWT.
Mari pula kita bicarakan tentang berberapa ciri-ciri keungulan peribadi Rasulullah SAW dalam pelbagai aspek tentang kehidupan itu sendiri.
· Sebagai guru dakwah yang pintar, dimana Rasulullah SAW telah menunjukan contoh yang terbaik tentang bagaimana membimbing orang yang bukan Islam agar memeluk agama Islam. Bagaimana dimudahkan jalan untuk mereka memeluk agama islam. Serta memperlihatkan pula suasana yang menyenangkan hingga semakin rasa mendalam rasa cinta seseorang terhadap agama dan saudara –saudara nya dalam Islam.
· Baginda Rasulullah menunjukan akhlak mulia agar di contohi, berakhlak mulia dimana perbuatan jahat tidak seharusnya dibalas dengan kejahatan. Tetapi selalu dibalas dengan sabar dan kebaikan agar demikian itu musuh yang bagaimana jahat sekali pun dapat bertukar menjadi manusia yang baik dan sahabat yang setia. Lagi sunnah Rasulullah SAW yang baik kita contohi ialah memelihara maruah orang lain, sebagimana kita menjaga maruah diri serta keluarga kita sendiri.
· Sesungguhnya memang lah mustahil bagi kita untuk menyamai pada tingkatan taqwa dan iman Rasulullah SAW.Begitu jug akan tatacara kehidupan baginda Rasulullah SAW , tetapi kita harus menanya diri, adakah kita pernah malah adakah kita senantiasa berusaha mengikuti akan sunnah nya. Ada kah kita mengambil tahu malah melakukan sendiri dalam mengerjakan suruhan-suruhan baginda Rasul SAW daripada sunnah-sunnah yang Rasul SAW yang tinggalkan pada kita.
· Kerana secara umumnya kita yang mengaku islam dan beriman ini ditinggalkan atau dibekalkan dengan al-quran dan hadis nabi di mna hadis rasulullah SAW di letakkan selepas al quran. Seharusnya kita kuatkan aqidah kita dengan mengimani akan hadis hadis nabi dan juga apa sunnah sunnah baginda yang mustafq alaih (yang benar dan baik yang membenarkan). Ini dikuatkan oleh firman allah swt dalam mengiktiraf akan keagungan akhlak nabi besar SAW.
· Firman allah SWT di mana ertinya: “sesungguhnya engkau (muhammad) mempunyai akhlak yang agung “
· Jadi sebagai manusia yang dikurnai akal dan seterus iman mengapa pula kita mesti memilih satu suri teladan kehidupan selain daripada Nabi Besar Muhammad SAW . tidakkah ini sudah merugikan dan menderhakai akan satu ketentuan Allah SWT yang pernah berfirman, yang ertinya: “Muhammad itu adalah sebaik2 contoh dan ikutan”.
· Rasulullah SAW bukan lah manusia biasa, tetapi baginda SAW adalah manusia luar biasa yang memiliki ketahanan yang baik urusan badaniyah atau rohaniyah nya, mahu pun keistimewaan dalam kebesaran jiwa dan juga kehebatan akal nya. Hampir hampir semua nya merupakan hal yang sudah tentu mengkagumkan. Rasulullah SAW merupakan suri tauladan yang tinggi dalam tindakannya secara peribadi, dalam penunaiannya terhadap haq haq nya Allah SWT, dalam pereratan hubungannya dengan keluarga , juga saudara saudara atau sahabat serta semua yang pernah bergaul dengan baginda Rasul. Yang juga merupakan cermin benggala yang luhur dalam pembelaan nya terhadap yang hak. Pengorbanannya untuk menegakkan yang haq, tidak ada gentar nya dalam menghadapi apa jua kesukaran yang datang menimpanya, penghalang yang merintanginya dengan sikap yang tegas dan keperwiraan.malahan juga sebagai contoh perihal kepandaian nya dalam siasah perang dan kecerdikannya dalam politik di saat damai, juga di dalam menentukan hukum atau mengambil keputusan, dalam kepimpinan dan taktiknya, juga dalam zuhud nya pada keduniaan serta ketiadaan perhatian pada kebendaan.
· Nabi Muhammad SAW adalah seorang ahli ibadat yang tekun, hakim adil, ahli politik yang ulung, penunjuk yang lurus, sebagai ayah yang penyatun,mahaguru yang berbakti, panglima yang penuh dengan kegemilangan sebagai kawan yang setia, suami yang pandai mengambil hati. Juga sebagai nabi yang soleh yang tidak ada bandingnya di kalangan seluruh umat manusia, baik yang dahulu dan yang akan datang, perihal kesempurnaannya. Rasanya malah sudah tentu tiada sama di kalangan makhluk ini menghampiri persamaanya dengan baginda Rasul di dalam alam semesta ini.
· Dengan berbekal sifat sifat itulah ,maka Rasulullah SAW menjadi pemimpin yang baik yang dapat di banggakan oleh ummah islam dan menjadi percontohan yang bagus dan patut ditiru, keperibadian yang sempurna dapat dirasakan bekasnya, tuntunannya dalam dan berkesan sekali.
· Kehidupannya bukanlah sekadar hidup yang biasa, seharus Nabi Besar SAW menjadi contoh suri teladan yang paling unggul.
· Maka sudah seharus dalam mencapai kehidupan yang benar bererti dan dalam naungan ridho allah SWT uswatun nabi besar SAW hendak lah kita zhahirkan dengan penuh keyakinan supaya segala sesuatu itu menjadi kenyataan. Yakni mengenai cara kita mengikuti dan mengamalkan sabda sabdanya, mencerobohi kelakuan – kelakuannya, meniru akhlak nya dan budi perkertinya , bersiasat di saat perang dan damai.dengan itu insyallah dapatlah kita mencapai tingkat kemanusiaan yang tertinggi sedapat yang kita usahakan.
· Selain daripada Al Quran sebagai sumber peraturan dalam islam, Nabi Besar SAW menjadi manusia pertama yang menerapi dan mempratis peraturan peraturan umum dalam islam. Jadi sunnah nabi Muhammad SAW menjadi sumber rujukan dan contoh tauladan yang paling baik buat membentuk peribadi muslim sejati. Peraturan ini boleh di garis kan secara umum sebagai berikut:
1 .peraturan cara cara peribadatan
2 .peraturan berkeluarga
3.peraturan bermasyarakat
4.peraturan menuju kemodenan
5 .peraturan pengiktirafan hukum
6.peraturan perekonomian
7.peraturan akan tata cara memerintah Negara
8.peraturan melaksanakan siasat.
Semua nya ini dapat diambil pedomannya, dari kitab suci Al Quran sunnah sunnah Rasulullah SAW, dan hal yang telah dilaksana kan oleh khalifah al rasyidin. Sementara itu ada pula yang di dapati dari pendapat dan ijtihad para alim ulama al mujtahidin.
Malah apa jua tata cara dan peraturan yang di ingini oleh islam di dapati daripada peri hidup Nabi SAW, dari sunnah sunnah nya melalui ribuan hadis baginda.Jadi jangan lah lagi kita berlengah dalam menerapkan atau mempraktiskan sunnah Rasul ini. Mungkin agak sukar bagi kita untuk dengan sekali gus menerapkan sunnah sunnah Rasul SAW ini, tetapi kita harus memulakan, sebelum lebih jauh kita di bawa arus kejahilan dan sekular juga oleh sistem taghut di keliling kita.