Saturday

ADAKAH KITA INSAN PILIHAN YANG GHUROBA!

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ‎

'بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ADAKAH KITA INSAN PILIHAN YANG GHUROBA!

Saya menulis dengan rasa kegusaran yang amat menyulitkan, buat saya menzahirkan kebimbangan dengan suasana keliling yang semakin gawat.Pada waktu sedang menulis rencana ini , krisis di Gaza di tanah waqaf ummah Islam di Palestina sedang bergolak. Peperangan dan perlakuan Zionist Yahudi dengan dokongan Amerika Syarikat sedang mensasarkan pembunuhan "nyah bangsa" atau "ethnic cleansing" di abad moden yang semakin tidak bertamaddun.

Peperangan masih lagi berlanjutan selama 45 hari sehingga kini..

Gaza terus menjadi sasaran utama tentera Zionist Yahudi ,begitu juga penempatan saudara seagama di tebing barat Baitul Maqadis terus juga diceroboh dan perlakukan dengan zalim.

Yang semakin menekan kegusaran jiwa dengan pelbagai mehnah di negara sendiri. Semalam di Stadium Bukit Jalil , konsert2 hiburan hendonism terus datang menerjah buat sekian kalinya. Malah penganjuran konsert-konsert semakin kerap sejak tahun kebelakangan ini.  Konsert-konsert yang jelas membawa pelbagai bentuk kemaksiatan yang selalu bersama bila nafsu berhibur tiada lagi hadnya. Pesta hiburan yang sering menjadi wadah perbuatan maksiat, guna dadah, minuman memabukan, pergaulan bebas antara perempuan dan lelaki yang tiada batas. 


Sedih lagi, bila saudara seagama sedang menghadapi kesukaran dan kepayahan di Gaza Palestina, mereka dibom, diusir, tiada makanan,minuman, dan perubatan yang tidak ada setelah semua itu di-bom Zionist Yahudi. 

Di Malaysia tanah air tercinta ini, dengan jumlah penduduk Islam masih majoriti, seolah-olah tiada rasa simpati dengan  saudara Islam yang sedang kepayahan di Gaza. Malaysia di litupi rasa berhibur dengan budaya hendonism yang melampaui batas, empati kemanusiaan, yang seolah tiada. Kerajaan seolah-olah hilang arah, tiada ketegasan dari pucuk pimpinan.

Yang paling meresahkan ketidak jelasan sikap kerajaan, yang semakin liberal, kaum-kaum minoriti semakin lantang menuntut dan menentang atas ehwal agama, bangsa melayu dan negara. Kaum minoriti asal pendatang yang dipaksa penjajah supaya di iktiraf rakyat negara sebelum kemerdekaan negara di berikan:  terdiri 22% Cina , 6 % India ,lain2 1% , pribumi Sabah dan Sarawak sekita 7%  selain 64% ada bangsa Melayu. 

Inilah dilema bangsa melayu di Tanah Air tercinta ini sedang hadapi, kekuatan majoriti politik melayu semakin berpecah belah demi kuasa dan tiadanya jati dalam diri pimpinan  melayu  dalam negara sebagai pembela Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Saya ingin fokuskan tentang apa yang akan dan sedang berlaku secara umumnya dalam negara kita hari ini. Hadis tentang 'Ghuroba" ini antara nubuwah kenabian tentang umat Islam diakhir zaman.

(1)Hadis tentang Ghuraba: Berbahagialah orang asing yang menghidupkan Sunnah.

عَنْ عَمْرِو بْنِ عَوْفِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ بَدَأَ غَرِيبًا وَيَرْجِعُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِي مِنْ سُنَّتِي

2630 سنن الترمذي كتاب الإيمان باب ما جاء أن الإسلام بدأ غريبا وسيعود غريبا

4/372 المحدث الترمذي خلاصة حكم المحدث حسن في سنن الترمذي

Sumber: Musnad Ahmad 3784

Gred: Sahih (sahih) menurut Al-Arna’ut


(3) Hadis tentang Kepuasan: Berbahagialah orang yang berpuas hati dengan Islam.

عَنْ فَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ طُوبَى لِمَنْ هُدِيَ إِلَى الْإِسْلَامِ وَكَانَ عَيْشُهُ كَفَافًا وَقَنَعَ

2349 سنن الترمذي كتاب الزهد باب ما جاء في الكفاف والصبر عليه

4/170 المحدث الترمذي خلاصة حكم المحدث صحيح في سنن الترمذي

Dari Fadalah bin Ubaid radhiyallahu 'anhu, Rasulullah bersabda, "Berbahagialah orang yang mendapat petunjuk kepada Islam, rezekinya cukup, dan cukup dengan apa yang ada padanya."

Sumber: Sunan al-Tirmidzi 2349

Gred: Sahih (sahih) menurut Al-Tirmizi

عَنْ فَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ طُوبَى لِمَنْ هُدِيَ إِلَى الْإِسْلَامِ وَكَانَ عَيْشُهُ كَفَافًا وَقَنَعَ

2349 سنن الترمذي كتاب الزهد باب ما جاء في الكفاف والصبر عليه

4/170 المحدث الترمذي خلاصة حكم المحدث صحيح في سنن الترمذي

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى ٱلْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ ١١٦

"Jika kamu menuruti kebanyakan orang yang di muka bumi iaitu orang-orang kafir, mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah dari agamaNya; mereka hanya mengikut sangkaan apabila mereka berselisih dengan kamu tentang status bangkai dengan berkata ‘Apa yang telah dibunuh oleh Allah adalah lebih patut kamu makan daripada apa yang kamu bunuh diri kamu sendiri!’; mereka hanya meneka bercakap palsu dalam perkara ini."

(Surah Al Anam/6 :116) 

وَمَآ أَكْثَرُ ٱلنَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ ١٠٣

(Dan walaupun kamu berusaha bersungguh-sungguh) sekuat mana pun kamu berusaha, (kebanyakan manusia) penduduk Mekah (tidak akan beriman) kepada kitab-kitab suci dan rasul-rasul.

(Surah Yusof /12:103)

وَأَنِ ٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ وَٱحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَنۢ بَعْضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَٱعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ ٤٩

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

(Surah l Maidah/6 : 49)

وَٱتَّبَعْتُ مِلَّةَ ءَابَآءِىٓ إِبْرَٰهِيمَ وَإِسْحَـٰقَ وَيَعْقُوبَ ۚ مَا كَانَ لَنَآ أَن نُّشْرِكَ بِٱللَّهِ مِن شَىْءٍۢ ۚ ذَٰلِكَ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى ٱلنَّاسِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ ٣٨

(Dan aku telah mengikuti agama bapa-bapaku) Aku berpegang teguh kepada agama nenek moyangku, (Abraham dan Ishak dan Yakub. Tidak pernah bagi kami) tidak halal bagi kami (menyifatkan) sebarang berhala. kepada Allah. Ini) Agama yang suci, kenabian dan Islam yang Allah telah memuliakan kita (adalah dari limpah kurnia Allah kepada kita) satu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita (dan kepada manusia) dengan menghantar kita kepada mereka; dikatakan juga bahawa ini bermaksud: ini adalah kurnia kepada orang yang beriman melalui nikmat iman; (tetapi kebanyakan manusia) penduduk Mesir (tidak bersyukur) tidak percaya akan hal ini.

(Surah Yusof /12:38)

(Tafsir2r Al Jalalain, Sunni dan Tafsir Ibnu Abbass RA)

Mengenai jenis keanehan kedua, 'keanehan yang patut dipersalahkan', Ibn Qayyim berkata lebih daripada 600 tahun yang lalu, kata-kata yang relevan sehingga kini. “Keanehan mereka adalah kerana keengganan mereka mengikuti jalan Allah yang betul dan lurus. Keanehan ini ialah keanehan tidak sesuai dengan agama Islam dan, oleh itu, ia akan kekal aneh walaupun penganutnya ramai, kuat kuasanya dan kewujudannya berleluasa. Mereka itu adalah orang-orang yang asing kepada Allah, Rasul-Nya, dan agama-Nya.”

Kategori ketiga ialah keanehan yang dirasai oleh pengembara. Ia tidak patut dipuji dan tidak pula dicela. Ia bagaimanapun mempunyai potensi untuk menjadi terpuji. Apabila seseorang yang tinggal di sesuatu tempat dalam tempoh yang singkat, mengetahui bahawa dia perlu meneruskan dia berasa pelik, seolah-olah tidak tergolong di mana-mana.

Rasulullah  bersabda; 

“Hiduplah di dunia ini seolah-olah kamu orang asing atau pengembara”

(Sahih Bukhari).  

Keanehan yang dirasai oleh ramai penganut Islam biasanya merupakan perkara yang baik. Boleh jadi keanehan terpuji itulah yang mengesahkan cinta kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Ia mengingatkan kita untuk menjalani kehidupan kita seolah-olah kita seorang pengembara di perhentian jalan, menunggu Allah memanggil kita pulang ke tempat tinggal terakhir kita.

Sila ambil perhatian bahawa perkataan Allah dan Tuhan digunakan secara bergantian dalam artikel.