Sunday

Menerapkan Syariah, Mewujudkan Ketakwaan Hakiki


[Salam%20Mohamad%20Hata%20Ghazali.gif]
Menerapkan Syariah, Mewujudkan Ketaqwaan Hakiki



Ketaqwaan hakiki, amat perlu kepada setiap individu muslim begitu juga dalam kehidupan bermasyarakat, hanya akan terwujud dengan penerapan syariah Islam secara sempurna, yakni dengan menerapkan syariah Islam secara rasmi oleh negara untuk mengatur segala bentuk syariah Islam dikalangan masyarakat. Dengan kata lain, penerapan syariah Islam adalah kunci agar ketaqwaan individu-individu dan anggota masyarakat terwujud.

Alasannya, dengan penerapan syariah maka pintu-pintu ketaqwaan terbuka lebar, sementara pintu-pintu keharaman ditutup. Ketiadaan istiqomah dalam menerapkan syariah Islam secara syumul didalam sesebuah daulah Islam maka agak sukar mencapai tujuan daulah Islamiah dan membina ummah yang bertakwa akan menjadi sulit. Jangankan mewujudkan ketakwaan penduduk negeri secara bersama-sama, mewujudkan ketakwaan individu-perindividu saja sangat sulit. Kerana dalam kehidupan sekular, kapitalis dan hedonistik seperti saat ini, pintu ketaqwaan terus tersepit-sempit  sementara pintu-pintu kemaksiatan  terbuka luas..

Allah SWT telah memerintahkan kaum Muslim untuk menerapkan syariah Islam secara kaffah, yakni berhukum pada seluruh hukum Allah SWT. Banyak ayat al-Quran dan hadis Rasul SAW. yang menyatakan kewajiban menerapkan syariah Islam secara kaffah itu. Allah SWT berfirman;
 Putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu”
(QS. al-Maidah [5]: 48)
Kemudian,

“Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” 
(QS. al-Maidah [5]: 49).


Ramadhan membina taqwa dan iman dalam masyarakat.


[Salam%20Mohamad%20Hata%20Ghazali.gif]

“Jika saja penduduk negeri beriman dan bertakwa, niscaya Kami akan membukakan bagi mereka pintu-pintu keberkahan dari langit dan bumi” 
(TQS al-A’raf [7]: 96).

Ayat di atas memang menggunakan penyampaian  berita, tetapi di dalamnya berisi pujian. Sesuai ketentuan ushul fikih, jika suatu berita disertai dengan pujian maka maknanya adalah perintah. Karena itu meski menggunakan cara penyampaian berita, sesungguhnya ayat tersebut memerintahkan penduduk negeri agar mereka beriman dan bertakwa secara bersama-sama dalam kehidupan bermasyarakat.

Ketakwaan itu bisa direalisasikan oleh setiap individu Muslim dengan jalan senantiasa terikat dengan hukum-hukum Allah SWT di dalam kehidupannya. Caranya adalah dengan menjadikan halal dan haram atau syariah Islam sebagai ukuran dalam hidupnya. Dengan kata lain, yang halal diambil dan dilaksanakan, sementara yang haram dijauhi sejauh-jauhnya.

Ketakwaan bukan hanya harus diwujudkan pada tataran individu, namun juga harus diwujudkan dalam kehidupan bermasyarakat. 


Saturday

Ramadhan: Bulan Menjana Ketakwaan Hakiki

[Salam%20Mohamad%20Hata%20Ghazali.gif]

Ramadhan:  Bulan Menjana Ketakwaan Hakiki


Ramadhan adalah bulan ibadah dan bulan menundukan hawa nafsu, bulan taqarrub, penghambaan dan pengorbanan kepada untuk Allah SWT, agar membentuk pribadi yang taqwa dan  taat kepada Allah SWT. Akan tetapi, faktanya tidak demikian. Ramadhan demi Ramadhan berlalu begitu saja tanpa adanya perubahan yang jelas  pada keadaan dan pemahaman umat ke arah membuat kebaikan.

Bulan Ramadan hanya dianggap ritual  tahunan sahaja  yang datang begitu saja tanpa mendapatkan apa-apa kecuali rasa lapar dan haus saja. Ramadhan pada tiap tahun menunjukkan makin jauhnya umat dari gambaran masyarakat yang Islami sebagai Khoiru Ummah  atau ummah contoh, kerusakan terjadi di segala segi terhadap umat akibat kemaksiatan dan berbagai pelanggaran Hukum Syara’ kerana tiada takwa sebagian besar umat. Di samping itu, umat Islam seharusnya menjadikan Ramadhan sebagai bulan perjuangan Syari’at Islam. 
Ramadhan bukan sekedar bulan ibadah, tetapi juga bulan perjuangan fii sabilillah. Seperti pada masa Rasulullah SAW dan para sahabat, banyak terjadi peristiwa penting pada bulan Ramadhan, seperti Perang Badar, Futuh Makkah, dll. Hal ini memberikan dorongan yang jelas bagi umat Islam saat ini, untuk menjadikan Ramadhan kali ini sebagai momentum untuk membangkitkan umat dan meraih ketakwaan hakiki.

Mewujudkan Ketakwaan Hakiki

Semua amal salih yang dilaksanakan selama Ramadhan haruslah bisa memupuk ketakwaan pada diri kaum Muslim. Ketakwaan itulah hikmah yang mesti diwujudkan dari ibadah selama Ramadhan, terutama ibadah puasa. Allah SWT berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa, sebagaimana puasa itu telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian, agar kalian bertakwa” 
(TQS al-Baqarah [2]: 183).

Sebagaimana yang dikatakan oleh Sayidina Ali bin Abi Thalib ra., takwa adalah al-khawf min al-jalîl wa al-‘amalu bi at-tanzîl wa al-qanâ’atu bi al-qalîl wa al-isti’dâd li yawm ar-rahîl (takut kepada Allah Zat Yang Maha Agung, mengamalkan al-Quran, qana’ah dari dunia dengan [mengambil] sedikit dan menyiapkan bekal untuk menghadapi Hari Akhirat).


Imam an-Nawawi di dalam Syarh Shahih Muslim menjelaskan, bahwa takwa adalah imtitsâlu li awâmirillâh wa ijtinâbu li nawâhîhi (melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-larangan-Nya). Takwa bolih juga dimaknai sebagai kesadaran akal dan jiwa serta pengetahuan syar’i atas kewajiban untuk mengambil halal dan haram sebagai ukuran bagi seluruh aktivitas, lalu merealisasikannya secara praktis (‘amalî).

Ibadah Ramadhan, khususnya puasa, diwajibkan oleh Allah SWT kepada kaum Mukmin. Dengan melaksanakan ibadah puasa, kaum Mukmin akan bolih memupuk ketakwaan dalam diri mereka dan di tengah-tengah mereka. Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi di dalam Aysar at-Tafâsîr menjelaskan makna firman Allah SWT ”la’allakum tattaqûn”, yakni agar dengan puasa itu Allah SWT mempersiapkan kalian untuk takwa, yaitu melaksanakan perintah-perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-larangan-Nya.

Selain merupakan hikmah yang mesti diwujudkan sebagai buah dari puasa dan ibadah Ramadhan, ketakwaan itu juga diperintahkan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah sekali-kali kalian mati melainkan dalam keadaan beragama Islam” 
(TQS Ali Imran [3]: 102

Friday

[salam.bmp]



Tazkirah dan Renungan Dibulan Ramadha


Hari ini masih lagi dibulan Ramadhan dan juga semalam hari yang paling penting bilamana ayat2 "Al Quran" mula diturun buat kesejahteraan setiap makhluk Allah SWT. Itulah "Nuzulul Quran" yang akan terus memberi ingatan dan petunjuk kepada kita insan yang beriman. Saban tahun Ramadhan tetap setia akan kedatangannya. Bila Ramadhan datang seluruh alam menjadi riang dan gembira. Kita sebagai insan muslim menanti kedatangan Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kegembiraan. Seharusnya kita merasa syukur, syukur kerana ada lagi usia buat berjumpa dengan Ramadhan bulan yang penuh baroqah. Tahun hadapan belum tentu lagi kita akan menemukan Ramadhan.

Ramadhan adalah anugerah Allah SWT kepada hamba2 nya yang beriman. Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa bagi setiap insan muslim untuk mencari laba pahala dan keredaan Allah SWT. Segala kebaikan, jihad dan amal ibadah dibulan yang baroqah ini dilipat gandakan nilai pahala dan kebajikan. Pada bulan Ramadhan juga tersimpan khazanah dari langit yang terlalu besar nilainya yang mesti digapai dan didambakan oleh setiap insan mukmin sejati. Itulah "Lailatul Qadar" malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ramadhan memberi kita semua satu persimpangan yang penuh erti, "turning point" bagi setiap insan menjadikan dirinya insan mukmin yang benar-benar bertaqwa didalam perjalanan hidupnya didunia.

Saya titipkan disini syarahan juga tazkirah yang disampaikan oleh Al ustaz Abdul Ghani Shamsudin.

Rindu Kasih Pada Ramadhan


Tazkirah : Rindu Kasih Pada Ramadhan

                        Hati perlu seronok sambut Ramadan
Mohd Zawawi Yusoh
JIKA sebelum ketibaan Ramadan, hati sesetengah antara kita berteka-teki menerima kehadiran Ramadan, tetapi suka atau tidak sudah dua minggu kita melalui bulan yang mulia ini. Semoga kedatangan bulan puasa yang dilalui kali ini memberikan keinsafan. Kita perlu insaf kerana masih diberi kehidupan bagi me ngumpul bekalan buat perjalanan yang jauh di alam selepas kematian. Jika kita perhatikan, ada pelbagai ragam di kalangan kita menyambut bulan Ramadan. Ada yang sangat gembira sebab sudah lama tunggu.


Malah, mereka yang sebelum sampai Ramadan ada yang berkata “sempat ke dengan pelbagai penyakit ini dapat berpuasa tahun ini.”
Golongan ini menganggap setiap kali datang bulan Ra madan seperti peluang terakhir. Ada pula yang sedih dan gelisah menunggu detik ke datangan Ramadan kerana mereka sudah tak dapat lagi dengan rutin harian, dengan roti canai, teh tarik, nasi lemak dan ‘ayam berkokok atas batang, ada rokok mai sebatang.’
Mereka ini tak sangat melayani Ramadan dan kalau adapun sekadar seronok berbuka. Ada satu lagi golongan buat ‘make dono’ saja. Datang atau tidak Ramadan, sama saja. Puasa dan Tarawih juga, tetapi tiada layanan istimewa. Bagi memastikan Ramadan kali ini lebih bermakna, menjadi penghibur kepada mereka yang gelisah dan supaya lebih bermakna mereka ‘yang make dono’, di sini tip-tip me nyambut Ramadan.

1. Berdoa banyak agar Allah s.w.t memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita kadangkala tertanya diri sendiri ‘kenapalah malas sangat aku ini, dulu tak macam ni.’
Tanpa berbuat apa-apa kita dengan kemalasan melalui Ramadan. Perasaan tak semangat beribadat boleh dirawat dengan meminta Pencipta hati iaitu Allah mendatangkan semangat. Berdoa dan berdoa, sebab doa juga adalah ibadat dan ada kuasa tersendiri.
2. Pergilah ziarah kubur sebelum atau di awal Ramadan kerana ia akan mengingatkan betapa kurangnya kita persiapan amalan. Ziarah kubur sebenarnya hendak tolong diri kita, bukan sahaja si mati.
Sebenarnya ‘time is life’ (masa itu kehidupan). Luang masa itu membunuh kehidupan. Orang yang sudah mati tidak ada masa. Dengan keinsafan berziarah mendorong kita untuk tidak sia-siakan peluang berbulan Ramadan kali ini.
3.Meriahkan kehadiran Ramadan dengan perbanyakkan ucapan sesama sahabat dan keluarga dengan kata-kata se mangat agar bertambah ‘ghairah’ dan bermakna bulan berkat ini.
Dalam sunnah pun Nabi s.a.w selalu memberikan khabar gembira kepada kalangan sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Hadis riwayat Ahmad)
4. Tambah ilmu fiqah mengenai cara berpuasa Nabi Mu hammmad s.a.w dan kalangan sahabat serta salfussalih serta kelebihan Ramadan dan fadilatnya dengan membaca buku ataupun menghadiri ceramah dan tazkirah Ramadan yang diadakan di pejabat dan surau masjid agar berpuasa dengan panduan ilmu, bukannya ikut adat.

5. Perbanyakkan istighfar dan taubat secara bersung guh-sungguh kerana dosa-dosa inilah yang akan memalapkan kejernihan hati untuk berseronok dengan ibadat.

Tinggalkan dosa dan maksiat. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai satu ‘madrasah’ (sekolah) dan pusat latihan yang berkesan mengubah hati, akal dan nafsu yang selama ini menjadi pak turut kepada syaitan yang menjadi seteru Allah. Bukalah lembaran baru yang bersih. Dua Lembaran baru; pertama, kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya iaitu taubat nasuha.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)

Kedua, lembaran kepada Nabi Muhammad s.a.w, dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri, anak dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturahim.
Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
6. Mereka yang ada penyakit, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat cara pemakanan ubat yang betul supaya kekal sihat dan kuat. Ini kerana ibadat puasa me merlukan kekuatan fizikal. Jika sihat, jangan berbuka sewenang-wenangnya sebab sekali berbuka puasa tanpa sebab padahnya sangat besar dan amat rugi kerana ganti puasa satu hari puasa yang ditinggal tanpa sebab tak dapat ditebus walaupun sepanjang tahun ber puasa.

7. Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup anda sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah s.w.t me manjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa sepenuhnya kali ini.

AHLAN YA RAMADHAN!

AHLAN YA RAMADHAN!
[Salam%20Mohamad%20Hata%20Ghazali.gif]

Ahlan Ya Ramadhan atau Selamat Datang Wahai Ramadhan bersempena dengan bulan yang penuh berkat ini. Pejam celik, pejam celik bulan Syab’ban akan meninggalkan kita beberapa hari lagi, ini bermakna Bulan Ramadhan akan kembali menemui kita, Insya-Allah. Bagaikan kita menunggu seorang tetamu yang teramat istimewa, Ramadhan ini ditunggu-tunggu kehadirannya oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia dengan perasaan yang sungguh gembira. Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w telah mempersiapkan dirinya 6 bulan sebelum tibanya Ramadhan. 
Malah Rasulullah s.a.w telah mengajar para sahabatnya sepotong doa iaitu : “Ya Allah bekatilah kami pada Sya’ban dan sampaikan kami kepada Ramadhan.”

Maka bersempena dengan kehadiran Bulan yang Mulia ini, bersama-samalah kita memuhasabahkan diri kita atau merenung sejenak apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi Ramadhan Al-Mubarak ini atau dikenali juga sebagai Madrasatul Ramadhan atau Sekolah Ramadhan ini. Kita perlulah mengetahui bahawa Fadhilat bulan Ramadhan ini teramat banyak, yang mencakupi dari sudut emosi, jasmani, rohani, dan intelek kita sebagai seorang Muslim.

Rasulullah s.a.w ada menerangkan besarnya fadhilat Ramadhan yang akan diterima oleh Umat Islam yang menjalani ibadat puasa ini sebaik-baiknya :

“Wahai Manusia, seseungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan puasa adalah kefarduan dan Qiyam pada malamnya adalah satu tambahan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu di bulan yang lain. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan dari api neraka.”

Bagi golongan Mukmin mereka akan sentiasa merindui kedatangan Ramadhan dan ternanti-nanti kehadirannya kerana mereka sentiasa mendambakan pahala dan keberkatan yang berlipat-kali ganda dari Allah s.w.t yang dikurniakan sekali dalam setahun je. Janganlah pula kita berlumba-lumba untuk menyediakan juadah berbuka yang melampaui batas sehingga berlakunya pembaziran dan sebagainya. Jangan pula menjadikan alasan berpuasa ini sebagai dalih untuk tidur sepanjang hari kerana keletihan sedangkan berpuasalah salah satu alat untuk meningkatkan produktiviti kita selama sebulan ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu Bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan berpuasa padanya, dibuka segala pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Padanya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan. Mereka yang tidak diberikan kebaikan pada malam ini bermakna telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan.” - Riwayat Ahmad & Nasai’e

Insya-Allah bersempena bulan Ramadhan ini saya akan meluangkan sedikit masa untuk menulis tazkirah atau Risalah Ramadhan khas sempena bulan Ramadhan dan bukan sekadar pada hari Jumaat sahaja.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
.

Tuesday

Sabar & Syukur





Penghuni surga dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah orang-orang yang bersyukur. Kelompok kedua terdiri atas orang-orang yang bersabar.

Demikian ayat terakhir dari QS Al Imran.
“Wahai orang-orang mukmin, bersabarlah, lipat gandakan kesabaran, dan siap siagalah dan bertakwalah, pasti kamu sekalian akan menjadi orang-orang yang beruntung.”
QS Al Imran

Ayat ini secara umumnya mengatakan kebahagian hanyalah akan dating kepada mereka yang bersyukur dan sabar.
Ia mengutip bahwa Rasulullah pernah menjelaskan dalam suatu hadis yang sahih bahwa urusan orang mukmin seluruhnya baik. Apabila mendapatkan kenikmatan mereka bersyukur, itu baik baginya. Bila mendapatkan ujian dan bersabar, itu juga baik baginya.

Sifat-sifat itu tidak terdapat pada orang selain mukmin. Oleh sebab itu, para Nabi juga tidak luput mendapatkan ujian dari Allah SWT. Ujian itu bisa berupa kebaikan atau keburukan. Ketika diuji dengan kebaikan, para Nabi bersyukur. Apabila diuji dengan keburukan, mereka harus bersabar.
“Orang-orang yang bersyukur dengan nikmat juga rezeki yang didapati  dan mereka bersabar bila ditimpa kekurangan juga ujian  inilah  yang dikatakan kebahagia dunia dan akhirat sebenar”

Dicontohkannya, Nabi Sulaiman AS dengan segala kekayaan dan kekuasaannya meminta kepada Allah SWT diberikan ilham untuk bersyukur. “Wahai Allah, berilah ilham kepadaku untuk senantiasa bersyukur terhadap nikmat-nikmat yang Kau berikan padaku dan kedua orangtuaku.”

Begitu pula ketika Nabi Ayub AS diberikan ujian dengan penyakit kulit yang berat, beliau pun bersabar. Hal serupa juga dialami Nabi Yusuf AS saat beliau dimasukkan ke penjara. Padahal, ia orang yang baik. Beliau tetap sabar.
Sebuah Masjid di dirikan di Taif, dan di sini juga dipercayai Rasulullah SAW
 telah mendoakan  dengan penuhsabar agar nanti pada satu hari
 nereka semua akan mendapat hidayah Allah SWT. Walau di cederakan namun
Rasulullah SAW bersabar dalam menghadapi segala bentuk cabaran.

Rasulullah juga mencontohkan hal serupa saat diberi ujian. Saat Rasulullah SAW pergi untuk mengajak kaum Thaif beriman kepada Allah, beliau diusir dan dilempari batu. Mereka beralasan hidupnya telah berkecukupan dengan menyembah berhala turun-temurun.


Ketika dilempari batu Rasulullah SAW  tetap tabah dan sabar karena kesabaran itu baik untuknya. Ketika ia dilempari batu sampai berdarah-darah oleh kaum Thaif yang dahulu kafir, kemudian malaikat Jibril memberikan pertolongan dan berkata, “Wahai Muhammad SAW, orang-orang ini kurang ajar, bagaimana jika dihempap saja mereka dengan dua gunung karena berada di lembah yang subur?”

Lalu Rasulullah SAW berkata, “Jangan. Didoakan agar mereka menjadi orang-orang yang baik. Ya Allah, berikanlah petunjuk kaumku ini. Mereka tidak mengetahui.”

Malah Rasulullah SAW memohon pada Allah SWT, jika kini mereka tidak mahu mentauhidkan Allah SWT, mungkin  nanti, anak2 atau cucu serta keterunan mereka menerima hidayah Islam.

“Atas kesabaran Rasulullah, saat ini tidak ada kaum Thaif yang tidak memeluk Islam".

Karena kesabaran dan doa Rasulullah SAW, menjadikan orang Thaif muslim. Menurutnya, contoh itu menjadi pengingat bagi muslim tentang pentingnya kesabaran. Allah SWT akan menguji manusia karena ujian mutlak. Manusia bisa diuji dengan rasa takut, kekurangan harta, atau banyak hal.

Akan tetapi, dalam menghadapi semua itu, ujarnya, kita diwajibkan bersabar. Allah SWT akan memberikan kabar gembira kepada orang bersabar. Bentuknya bermacam-macam, dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat. “Orang-orang yang akan mendapatkannya ialah orang yang ketika ujian datang pada dirinya, ia berkata sesungguhnya kami milik Allah SWT dan akan kembali pada Allah.”




Saat manusia bersabar dengan pelbagai ujian, Allah SWT akan memberikan banyak kebaikan. Pertama, keberkahan dan ampunan dari Allah SWT. Kedua, kasih sayang dari Allah SWT, seperti kemudahan dalam hidup dan kemudahan dalam ibadah.

Orang-orang yang bersabar juga akan mendapat keuntungan besar. Semua rekayasa dan tipu daya dari orang-orang yang ingin mencelakakan, tidak akan bermanfaat. Malah akan di naikan derajatnya pada paras yang lebih tinggi.

Mengenai sabar, ada bermacam-macam rupa kesabaran, antara lain kesabaran untuk melaksanakan perintah Allah SWT, sabar untuk menjauhi larangan Allah SWT, dan kesabaran ketika menghadapi ujian. Dalam menghadapi ujian Allah SWT, terkadang manusia kurang sabar dan merasa apa yang ditimpakan sangat berat.

“Orang sabar pasti akan diberikan kemenangan di dunia. Kalau ingin menang dalam semua persaingan, selain harus banyak zikir, taat kepada Allah, dan mengukuhkan persatuan, juga harus sabar. Orang yang sabar akan diberi balasan tanpa batas. Kita sekarang berpuasa ini separuh dari kesabaran. Maka dari itu, puasa pahalanya nanti tanpa batas. Amalan yang hanya dibalas Allah,” tutupnya.