Menerapkan Syariah, Mewujudkan Ketaqwaan Hakiki
Ketaqwaan hakiki, amat perlu kepada setiap individu muslim begitu juga dalam
kehidupan bermasyarakat, hanya akan terwujud dengan penerapan syariah Islam
secara sempurna, yakni dengan menerapkan syariah Islam secara rasmi oleh negara
untuk mengatur segala bentuk syariah Islam dikalangan masyarakat. Dengan
kata lain, penerapan syariah Islam adalah kunci agar ketaqwaan
individu-individu dan anggota masyarakat terwujud.
Alasannya, dengan penerapan syariah maka pintu-pintu
ketaqwaan terbuka lebar, sementara pintu-pintu keharaman ditutup. Ketiadaan istiqomah dalam menerapkan syariah Islam secara syumul didalam sesebuah daulah Islam maka agak sukar mencapai tujuan daulah Islamiah dan membina ummah yang bertakwa akan menjadi sulit. Jangankan mewujudkan ketakwaan penduduk
negeri secara bersama-sama, mewujudkan ketakwaan individu-perindividu saja
sangat sulit. Kerana dalam kehidupan sekular, kapitalis dan
hedonistik seperti saat ini, pintu ketaqwaan terus tersepit-sempit sementara pintu-pintu
kemaksiatan terbuka luas..
Allah SWT telah memerintahkan kaum Muslim untuk menerapkan
syariah Islam secara kaffah, yakni berhukum pada seluruh hukum Allah SWT.
Banyak ayat al-Quran dan hadis Rasul SAW. yang menyatakan kewajiban menerapkan
syariah Islam secara kaffah itu. Allah SWT berfirman;
(QS. al-Maidah [5]: 48)
Kemudian,
“Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut
apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari
sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu”
(QS. al-Maidah [5]: 49).