Meraikan Ramadhan ketika wabak.
Wabak taun COVID-19 telah melumpuhkan seluruh dunia.
Coronavirus novel ini tidak membezakan antara negara maju, membangun atau
miskin yang telah terbukti tidak berdaya dan tiada kekuatan. Kesan negatif
virus ini menjadi sangat jelas pada amalan umum umat Islam, menghentikan solat
berjemaah dan aktiviti yang biasa dilakukan setiap hari di masjid.
Ketika Ramadhan menjelang, COVID-19
masih terus merebak. Virus ini kemungkinan besar akan mencegah amalan keagamaan
jemaah seperti solat Tarawih dan khutbah di masjid, serta majlis iftar,
terutama berdasarkan langkah-langkah “jarak social”. Banyak kerajaan juga
menutup kementerian, organisasi, universiti dan sekolah dan memilih untuk
bekerja dari rumah. Namun demikian, ini dapat menjadi sumber bantuan bagi umat
Islam yang berpuasa, kerana akan membantu menjimatkan masa perjalanan dan
menghindari pendedahan kepada virus.
Dalam keadaan seperti ini, kita
diharuskan merasa bersyukur dan tidak merasa tertekan dengan wabak tersebut.
Kita juga harus menyedari bahawa Ramadhan adalah anugerah dari Allah SWT kepada
hamba-hambaNya. Oleh itu, kita harus merasa gembira dan bersukacita dengan
kedatangannya, terutama mengingat kenyataan bahawa inilah bulan ketika
pintu-pintu Syurga terbuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Ramadhan juga
mempunyai malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Teruslah “istiqomah”
dalam menunaikan ibadah dan beramal solih yang dituntut keatas setiap
hambaNya yang beriman