Tazkirah : Rindu Kasih Pada Ramadhan
Hati perlu seronok sambut Ramadan
Mohd Zawawi Yusoh
JIKA sebelum ketibaan Ramadan, hati sesetengah antara kita berteka-teki menerima kehadiran Ramadan, tetapi suka atau tidak sudah dua minggu kita melalui bulan yang mulia ini. Semoga kedatangan bulan puasa yang dilalui kali ini memberikan keinsafan. Kita perlu insaf kerana masih diberi kehidupan bagi me ngumpul bekalan buat perjalanan yang jauh di alam selepas kematian. Jika kita perhatikan, ada pelbagai ragam di kalangan kita menyambut bulan Ramadan. Ada yang sangat gembira sebab sudah lama tunggu.
Malah, mereka yang sebelum sampai Ramadan ada yang berkata “sempat ke dengan pelbagai penyakit ini dapat berpuasa tahun ini.”
Golongan ini menganggap setiap kali datang bulan Ra madan seperti peluang terakhir. Ada pula yang sedih dan gelisah menunggu detik ke datangan Ramadan kerana mereka sudah tak dapat lagi dengan rutin harian, dengan roti canai, teh tarik, nasi lemak dan ‘ayam berkokok atas batang, ada rokok mai sebatang.’
Mereka ini tak sangat melayani Ramadan dan kalau adapun sekadar seronok berbuka. Ada satu lagi golongan buat ‘make dono’ saja. Datang atau tidak Ramadan, sama saja. Puasa dan Tarawih juga, tetapi tiada layanan istimewa. Bagi memastikan Ramadan kali ini lebih bermakna, menjadi penghibur kepada mereka yang gelisah dan supaya lebih bermakna mereka ‘yang make dono’, di sini tip-tip me nyambut Ramadan.
1. Berdoa banyak agar Allah s.w.t memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita kadangkala tertanya diri sendiri ‘kenapalah malas sangat aku ini, dulu tak macam ni.’
Tanpa berbuat apa-apa kita dengan kemalasan melalui Ramadan. Perasaan tak semangat beribadat boleh dirawat dengan meminta Pencipta hati iaitu Allah mendatangkan semangat. Berdoa dan berdoa, sebab doa juga adalah ibadat dan ada kuasa tersendiri.
2. Pergilah ziarah kubur sebelum atau di awal Ramadan kerana ia akan mengingatkan betapa kurangnya kita persiapan amalan. Ziarah kubur sebenarnya hendak tolong diri kita, bukan sahaja si mati.
Sebenarnya ‘time is life’ (masa itu kehidupan). Luang masa itu membunuh kehidupan. Orang yang sudah mati tidak ada masa. Dengan keinsafan berziarah mendorong kita untuk tidak sia-siakan peluang berbulan Ramadan kali ini.
3.Meriahkan kehadiran Ramadan dengan perbanyakkan ucapan sesama sahabat dan keluarga dengan kata-kata se mangat agar bertambah ‘ghairah’ dan bermakna bulan berkat ini.
Dalam sunnah pun Nabi s.a.w selalu memberikan khabar gembira kepada kalangan sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Hadis riwayat Ahmad)
4. Tambah ilmu fiqah mengenai cara berpuasa Nabi Mu hammmad s.a.w dan kalangan sahabat serta salfussalih serta kelebihan Ramadan dan fadilatnya dengan membaca buku ataupun menghadiri ceramah dan tazkirah Ramadan yang diadakan di pejabat dan surau masjid agar berpuasa dengan panduan ilmu, bukannya ikut adat.
5. Perbanyakkan istighfar dan taubat secara bersung guh-sungguh kerana dosa-dosa inilah yang akan memalapkan kejernihan hati untuk berseronok dengan ibadat.
Tinggalkan dosa dan maksiat. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai satu ‘madrasah’ (sekolah) dan pusat latihan yang berkesan mengubah hati, akal dan nafsu yang selama ini menjadi pak turut kepada syaitan yang menjadi seteru Allah. Bukalah lembaran baru yang bersih. Dua Lembaran baru; pertama, kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya iaitu taubat nasuha.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)
Kedua, lembaran kepada Nabi Muhammad s.a.w, dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri, anak dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturahim.
Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
6. Mereka yang ada penyakit, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat cara pemakanan ubat yang betul supaya kekal sihat dan kuat. Ini kerana ibadat puasa me merlukan kekuatan fizikal. Jika sihat, jangan berbuka sewenang-wenangnya sebab sekali berbuka puasa tanpa sebab padahnya sangat besar dan amat rugi kerana ganti puasa satu hari puasa yang ditinggal tanpa sebab tak dapat ditebus walaupun sepanjang tahun ber puasa.
7. Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup anda sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah s.w.t me manjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa sepenuhnya kali ini.