Kelebihan Ayat 128 – 129 Surah
At-Taubah | Tahukah Saudara tentang besarnya fadhilat ayat-ayat ini Jika di amalkan?
Saya secara umumnya tidak beberapa
pasti dengan fadhilat ayat-ayat ini. Walaupun sejak usia muda saya membaca
ayat-ayat ini bila membaca Al Quran.Namun tidak secara khusus mendalami
kehebatan ayat 128-129 Surah At Taubah ini. Kini pada usia saya telah lebih saya
terpanggil buat memahami Ayat 128-129 hingga ayat2 berikutnya. Kini saya tahu
tentang kelebihan ayat-ayat 128-129 di dalam Surah At-Taubah.
Inilah agaknya rezeki yang Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ beri kepada saya di saat-saat usia yang berumur ini, Tafsir Al Quran antara
ilmu Agama Islam yang sangat saya minati. Syukur diberi kesempatan untuk terus
menimba fadhilat dan hikmah disebalik setiap ayat didalam Al Quran Karim. Jadi
saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat ini dengan seberapa
ramai yang boleh.
Dikatakan bahawa barangsiapa yang
membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ ;
·
Bila kita dalam kesempitan, maka akan mendapat
kelapangan.
·
Bila kita seorang yang lemah, maka kita akan menjadi
kuat.
·
Bila kita dipandang hina, maka akan mendapat kemulian.
·
Bila kita terasa dikalahkan, maka kita akan mendapat
pertolongan.
·
Bila kita dalam keperitan berhutang, akan diberi jalan
segera melunaskannya.
·
Bila kita dalam kesusahan, maka akan dihilangkan
kesusahan itu.
·
Bila kita menghadapi kesulitan dalam kehidupan , maka
dengan segera akan dapat kelapangan hidup.
Maksud ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada
kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Rasulullah ﷺ),
yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh
kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang
beriman.
Bahasa Inggeris
Surely, a Messenger has come unto you from among yourselves; grievous to
him is that you should fall into trouble; he is ardently desirous of your
welfare; and to the believers, he is compassionate, merciful.
Maksud ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling
ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ (yang menolong
dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya
aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.
Bahasa Inggeris
But if they turn away, say, ‘Allah is sufficient for me. There is no God
but He. In Him do I put my trust, and He is the Lord of the mighty Throne
Jadi kepada semua yang sedang
membaca, yang terbaca dan membaca sorotan Ayat-ayat Al Quran ini,mungkin itu
pun dengan kehendak Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ juga. Amalkanlah. Tidak akan rugi apa pun malah
dengan izinNya mungkin saudara dapat keluar dari apa sahaja permasalahan yang
saudara hadapi. Ataupun mungkin apa yang dihajati akan ditunaikan olehNya.
Sila klik link mana-mana butang di bawah. Moga-moga apa yang
saudara lakukan itu diperkirakan sebagai amalan yang baik di sisi Allah Rabbul
Jalalluh. Mungkin ada di antara saudara-saudara kita yang sedang mencari
pertolongan seperti ini dan saudara mampu menolong mereka. Insyallah.
(Ada juga ingin berkongsi
pengalaman setelah mengamal surah At -Taubah atau ayat 128-129 ini? Sila komen
di bahagian bawah).
9:128-129 Tafsir Surah
At Taubah, ayat 128-129.
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ
أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ
رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا
هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)
Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ berfirman menyebutkan limpahan nikmat yang
telah diberikanNya kepada orang-orang mukmin melalui seorang rasul yang diutus
olehNya,
"128. Sungguh telah datang kepada kalian Rasul dan
diri kalian,"
Nabi Ibrahim a.s. telah berdoa, "Ya Tuhan kami, utuslah
untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri."
Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman
dengan mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan atau dari kalangan
mereka sendiri, iaitu dari bangsa mereka dan sebahasa dengan mereka, iaitu Rasulullah ﷺ Mereka mengenal nasab (keturunan)nya, sifatnya, tempat keluar
dan tempat masuknya, serta kebenaran (kejujuran) dan amanahnya.
Rasulullah ﷺ bersabda, "Aku dilahirkan dari
hasil pernikahan dan bukan dilahirkan dari sifah (perkahwinan ala Jahiliah),
sejak Adam hingga ayah dan ibuku melahirkan diriku. Dan tiada sesuatupun dari
sifat Jahiliah yang menyentuhku.”
"berat terasa atasnya apa yang kalian
derita,"
Iaitu terasa berat olehnya sesuatu yang membuat umatnya
menderita kerananya. Di dalam hadis sahih disebutkan, "Sesungguhnya agama
ini mudah, semua syariatnya mudah, penuh dengan toleransi lagi sempurna. Ia
mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ dalam mengerjakannya."
Nabi s.a.w. bersabda, "Aku diutus dengan membawa
agama Islam yang hanif lagi penuh dengan toleransi."
"sangat menginginkan keselamatan atas
kalian,"
Beliau s.a.w. sangat menginginkan kalian mendapat hidayah,
keimanan, keamanan, keselamatan, manfaat dunia dan akhirat. Beliau s.a.w. telah
mengajarkan ilmu, menjelaskan semua perkara yang mendekatkan kepada syurga dan
menjauhkan dari neraka.
Rasulullah ﷺ. bersabda, "Sesungguhnya Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ tidak
sekali-kali mengharamkan sesuatu melainkan Dia telah mengetahui bahawa kelak
akan ada dari kalian yang melanggarnya. Ingatlah, sesungguhnya akulah yang
menghalang-halangi kalian agar jangan sampai kalian berhamburan terjun ke
neraka sebagaimana berhamburannya laron (kelkatu) atau lalat."
"terhadap orang-orang mukmin sangat penyantun sangat
penyayang."
Beliau Rasulullah ﷺ mengasihani, menyayangi dan merendah dirinya
terhadap orang-orang yang beriman. Oleh kerana itu, hak Beliau Rasulullah ﷺ harus
didahulukan di atas semua hak makhluk, dan wajib bagi umatnya beriman
kepadanya, memuliakannya, membantunya dan menghormatinya.
"129. Maka jika mereka berpaling, maka katakanlah,
"Cukuplah Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ bagiku; tidak ada Tuhan kecuali Dia. AtasNya aku
bertawakkal. Dan Dia Tuhan 'Arasy yang agung.""
Jika umatnya menderhaka, berpaling dari keimanan dan
berpaling apa yang Beliau s.a.w. sampaikan, iaitu syariat yang agung, suci,
sempurna lagi global, maka Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ lah yang memberikan kecukupan kepadanya.
Beliau s.a.w. tidak bertanggung jawab terhadap apa yang mereka kerjakan.
Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ. Hanya
kepadaNya Beliau Rasulullah ﷺ bertawakal dalam meraih hal yang bermanfaat dan
menghindarkan hal yang bermadharrat. Dialah yang memiliki segala sesuatu, dan
Dia juga yang menciptakannya, kerana Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang
agung yang merupakan atap dari semua makhluk.
Disebutan ‘Arasy secara khusus, kerana ia merupakan makhluk Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ yang paling besar. Semua makhluk mulai dari langit, bumi, dan segala
sesuatu yang ada pada keduanya serta segala sesuatu yang ada di antara keduanya
berada di bawah 'Arasy dan tunduk patuh di bawah kekuasaanNya. Pengetahuan
(ilmu) Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ meliputi segala sesuatu, kekuasaanNya menjangkau segala sesuatu,
dan Dialah yang melindungi segala sesuatu.
Selesai tafsir surah At Taubah (Bara’ah). Segala puji dan anugerah hanyalah
milik Allah وَتَعَالَى سُبْحَانَهُ .