Menghindari Kedekut
Allah SWT memerintahkan kita untuk menjauhi tabiat kedekut kerana ia termasuk dalam sifat mazmumah. Bahkan tabiat kedekut tidak mendatangkan sebarang faedah mahupun kebaikan buat manusia untuk menahan hartanya daripada disedekahkan. Hakikatnya, orang yang kedekut ini berada di ambang kebinasaan sehinggakan al-Sya’bi pernah mengatakan: “Aku tidak tahu yang manakah antara keduanya yang lebih jauh tenggelam dalam api neraka Jahannam; orang yang kedekut atau orang yang berdusta.”
Terdapat banyak ayat al-Quran yang mencela sifat ini, antaranya firman Allah SWT:
وَلَا يَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ هُوَ خَيْرًۭا لَّهُم ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّۭ لَّهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا۟ بِهِۦ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرَٰثُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌۭ
Maksudnya: “Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil menyangka bahawa kebakhilan terhadap harta kekayaan yang diberikan Allah kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya itu adalah baik untuk mereka, bahkan ia adalah buruk untuk diri mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di leher mereka pada hari kiamat.”
(Surah Ali ‘Imran: 180)
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ العِبَادُ فِيهِ، إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Maksudnya: Tidak satu hari pun para hamba memasuki waktu paginya kecuali dua malaikat akan turun, lalu salah satu Malaikat tersebut berdoa: “Ya Allah, berikanlah untuk orang yang bersedekah gantian (daripada hartanya),” dan salah satu lagi pula berdoa: “Ya Allah, berikanlah untuk orang yang menahan hartanya (daripada bersedekah) kebinasaan (pada hartanya).
Riwayat Muslim (1010)
Menjawab persoalan di atas, antara cara merawat sifat kedekut ialah dengan berkawan dengan orang yang bersifat pemurah dan melihat cara mereka menjadi pemurah.
Hal ini kerana semua harta yang kita miliki adalah rezeki kurniaan Allah SWT dan bukan hak milik kita. Dia akan melapangkan atau menyempitkan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Oleh itu, janganlah tertipu dengan banyaknya harta benda yang dimiliki. Sebaliknya, berinfaklah sebagai bukti ketaatan kepada Allah SWT kerana ia pasti akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik. Malah, jika tidak dibelanjakan ke jalan yang baik, maka ia pasti memberi impak buruk pada kehidupan kita, sama ada di dunia mahupun hari akhirat.
Ingatlah pesanan Rasulullah SAW: Daripada Anas bin Malik R.A, katanya, sabda Rasulullah SAW:
ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ: شُحٌّ مُطَاعٌ، وَهَوًى مُتَّبَعٌ، وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ
Maksudnya: “Tiga perkara yang membinasakan: Orang yang kedekut ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan seseorang itu merasa kagum pada dirinya.”
(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (731) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (5915)
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang kedekut itu jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka
Ketahuilah bahawa menahan wang tidak dianggap kedekut kerana seseorang mungkin ingin menabung untuk keperluan masa depannya, kesusahan masa depan, atau untuk anak-anak dan saudara-maranya. Ini sebenarnya dianggap menjimatkan, dan oleh itu ia tidak boleh diremehkan.
Sebaliknya perkataan 'kedekut' digunakan untuk menggambarkan seseorang yang tidak memberikan hak yang wajib dari hartanya. Ibn ‘Umar berkata, ‘Sesiapa yang menunaikan zakat (zakat) maka dia tidak bakhil’. Selain itu, seseorang yang tidak memberi apa yang akan memberi manfaat kepada orang lain dengan berbuat demikian, dan tidak akan menjejaskan diri mereka sendiri atau hampir tidak menjejaskan mereka, dianggap kedekut.
Rasulullah saw bersabda:
“Apakah penyakit yang tidak dapat diubati seperti kedekut!”
(Dirakam dalam al-Bukhari)
‘Abdullah bin ‘Amr ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Berhati-hatilah terhadap kekikiran, kerana ia telah membinasakan orang-orang sebelum kamu. Ia telah memerintahkan mereka untuk menjadi bakhil, mereka menjadi bakhil, dan memerintahkan mereka untuk memutuskan hubungan kekeluargaan, lalu mereka melakukannya, dan memerintahkan mereka untuk berbuat kezaliman, lalu mereka melakukannya.”
(Riwayat Ahmad)
Ubat untuk kedekut adalah dengan bermuhasabah, kerana seseorang kemudian akan menyedari bahawa orang miskin juga adalah saudara seagama dalam Islam. Seseorang harus berterima kasih kepada Dia yang telah memberi mereka kekayaan dengan bermurah hati kepada mereka yang memerlukan. Seseorang juga harus merenungkan kehormatan kedermawanan.
Ingatlah bahawa apa yang kita infakkan akan kekal bersama kita di akhirat, dan apa yang tidak kita nafkahkan di jalan Allah kekal di sini.
Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ ، ونَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kedukaan dan kesedihan. Kami berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Dan kami berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Nota: sifat: kikir/bagkhil dan kedekut hamir sama sifatnya