Dalam risalah Ramadan ini Said al-Nursi menjelaskan mengenai sembilan isi penting yang berhubung dengan hikmah puasa pada bulan Ramadan al-Mubarak.
بسم الله الرحمن الرحيم
(( شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان ))
Maksudnya: “ Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk dan perbezaan yang benar dengan yang salah “.
( al-Baqarah : 185 )
Hikmah pertama:
Puasa Ramadan merupakan antara rukun terawal yang disebutkan dalam rukun Islam. Rukun ini dikira sebagai syiar Islam yang paling besar.
Kebanyakan hikmah yang lahir daripada puasa Ramadan bertujuan untuk menzahirkan kebesaran Allah SWT. Hala tujunya juga ialah untuk kehidupan sosial manusia dan kehidupan peribadi mereka. Ia juga mempunyai tujuan pendidikan, penyucian jiwa dan untuk menyatakan kesyukuran kepada nikmat Allah SWT .
Antara hikmah yang banyak itu, yang kita perolehi daripada ibadat puasa, kita akan mengetengahkan satu hikmah yang dapat menyerlahkan ketuhanan Allah SWT, iaitu :
Allah SWT menjadikan muka bumi ini seumpama hidangan yang luas terbentang yang dipenuhi dengan nikmat yang tidak terhitung banyaknya.
Hidangan itu diatur dengan begitu rapi dan indah sekali sehingga tidak dapat dihitung banyaknya. Melalui hidangan ini, Allah SWT menunjukkan sifat Rahman dan RahimNya yang sempurna. Dia menunjukkan sifat pemurah dan sifat pengasihani-Nya. Akan tetapi disebabkan tabir ghaflah (kelalaian) dan tabir sebab musabab yang lain manusia tidak dapat melihat hakikat yang jelas ini yang dapat memberi manfaat dan yang dapat dijelaskan oleh keadaan ini dengan baik. Kadang-kadang manusia juga jadi lupa … Tetapi dalam bulan Ramadan, orang yang beriman dengan cepatnya akan menjadi seperti satu pasukan tentera yang tersusun, lengkap bersenjata dan sedia bersaing dalam beribadat kepada Allah SWT.
Seketika sebelum berbuka, mereka semua berada dalam keadaan yang bersiap sedia untuk menyahut panggilan Yang Maha Berkuasa lagi Azali itu : “Silakan” menjamah hidangan-Nya yang lazat itu … Merekapun menerima --- dalam keadaan begini --- rahmat yang agung dan menyeluruh itu ; meliputi pengabdian yang luas, teratur dan hebat. Adakah kamu fikir mereka yang tidak turut serta dalam peribadatan yang tinggi dan yang tidak berada dalam kemuliaan seperti ini layak disebut sebagai manusia?
Hikmah kedua: Ibadat puasa mengandungi beberapa hikmat dan dengan sebab hikmat-hikmat itu, kita mengucapkan rasa syukur kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.
Hikmah kedua: Ibadat puasa mengandungi beberapa hikmat dan dengan sebab hikmat-hikmat itu, kita mengucapkan rasa syukur kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.
Salah satunya ialah:
Makanan yang dibawa oleh isteri dari dapur rumah kita itu ada harganya. Adalah terlalu naif kalau kita menyangka makanan yang bernilai itu murah dan tidak berharga. Adalah terlalu jahil kalau kita tidak mengenali orang yang memberikan nikmat tersebut, sedangkan isteri itu sendiri dianugerahkan dengan pelbagai hadiah kerana menyediakan hidangan itu kepada kita. Makanan dan nikmat yang tidak terhitung banyaknya itu juga pasti ada harganya. Sudah pasti Allah SWT meminta bayarannya, iaitu pernyataan syukur kepada-Nya dan mensyukuri nikmat tersebut.
Sebab zahir yang membawa nikmat tersebut dan pemilik zahirnya hanyalah umpama Isteri kita yang membawa makanan itu. Kita menghargai isteri kita dengan harga yang sepatutnya diperoleh oleh mereka. Kita terus menerus memuji dan memuliakan mereka, bahkan kita merendah diri kepada mereka dan berterima kasih lebih daripada yang sepatutnya, sedangkan pemberi nikmat yang hakiki, iaitu Allah SWT lah yang berhak menerima pujian dan ucapan syukur itu, bahkan Dia berhak lebih daripada itu. Oleh itu, kita dapat menyatakan rasa syukur dan keredaan kita kepada Allah SWT dengan mengetahui punca sebenar nikmat tersebut… dan dengan menghargai nilai serta merasai keperluan nikmat itu.
Oleh itu, puasa Ramadan merupakan kunci kesyukuran yang tulus lagi benar; kunci pujian yang agung dan khusus buat Allah Azza Wajalla. Ini kerana kebanyakan manusia tidak menyedari nilai nikmat yang banyak itu kerana mereka tidak pernah merasai betapa perit dan azabnya lapar yang sebenar. Hanya orang yang berada dalam kesempitan yang dapat merasai itu semua. Mereka yang sentiasa kekenyangan tidak dapat menilai, misalnya nikmat yang tersembunyi dalam sepotong roti kering, lebih-lebih lagi sekiranya mereka kaya raya. Hanya orang mukmin yang dapat merasakannya apabila mereka berbuka puasa.
Mereka dapat merasakan bahawa ia adalah nikmat Allah SWT yang amat berharga. Ini dapat dibuktikan melalui daya kecapnya. Oleh itu, orang yang berpuasa --- bermula daripada sultan hinggalah kepada yang yang paling miskin --- pada bulan Ramadan akan mengucapkan kesyukuran yang amat bermakna kepada Allah SWT. Ini kerana mereka sedar betapa besar dan bernilainya nikmat yang agung itu. Seseorang manusia yang menahan diri daripada menjamah makanan pada siang hari akan menyedari bahawa ia adalah nikmat yang hakiki. Lantaran itu, dia akan berbisik kepada dirinya sendiri: “ Nikmat itu bukan milikku. Aku tidak bebas memakannya. Ia adalah milik orang lain. Ia adalah nikmat dan kurniaan-Nya, yang dikurniakan kepadaku. Jadi, sekarang aku sedang menunggu arahan-Nya “…
Dengan ini, dia telah menunaikan kesyukuran yang amat bermakna terhadap nikmat tersebut. Dengan gambaran itu, puasa telah menjadi kunci kesyukuran dari pelbagai sudut; kesyukuran yang merupakan tugas hakiki setiap insan.
Sedeqah berbuka puasa kepada tetamu di bulan Ramadhan begitu besar sekali ganjaran pahala yang diberi Allah SWT. |
http://sohabih.blogspot.com
http://mubasharah.blogspot.com
http://kerjahaji.blogspot.com
http://menadahkitab.blogspot.com