Wajib bagi
setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat
kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allahﷻ. Maka, wajib juga dipercayai akan
sifat Allahﷻ yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allahﷻ. Sifat yang mustahil bagi Allah merupakan lawan kepada sifat wajib.
Sifat wajib
pula terbahagi juga empat bahagian iaitu nafsiah, salbiah, ma'ani atau
ma'nawiah.
1. Wujud
(Ada)
Allahﷻ itu
zat yang pasti ada, Dia berdiri sendiri, tidak diciptakan oleh sesiapapun dan
tidak ada Tuhan selaian Allahﷻ.
اللَّهُ
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ مَا لَكُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ
ۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ
“Allah yang mencipatakan langit dan bumi serta apa
yang ada di antara kedua-duanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di
atas ‘Arsy. Bagimu tidak ada seorang pun penolong mahupun pemberi Syafa’at
selain Dia. Maka apakah kamu tidak memperlihatkan?”
(Surah As-Sajadah: 4)
2. Qidam
(Terdahulu/Awal)
Sifat Qidam
bermaksud terdahulu. Allahﷻ adalah Sang Pencipta yang menciptakan alam semesta
beserta isinya. Sebagai Pencipta, Allahﷻwujud terlebih dahulu dari segala
sesuatu yang diciptakan-Nya. Justeru, tidak ada pendahulu atau yang mengawali
selain Allahﷻ.
هُوَ الْأَوَّلُ
وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zahir dan Yang
Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Surah Al-Hadid: 3)
3. Baqa’ (Kekal)
Baqa’ yang bermasksud kekal. Allahﷻ itu Maha Kekal,
tidak akan hancur dan binasa atau mati. Tidak ada akhir bagi Allahﷻ.
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ وَيَبْقَىٰ وَجْهُ
رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai
kebesaran dan kemuliaan.
(Surah Ar-Rahman: 26-27)
4. Mukholafathu Lilhawadisi (Berbeza dengan makhluk
ciptaan-Nya)
Allahﷻ Yang Maha Mencipta, maka Allahﷻ sudah
pasti berbeza dengan makhluk ciptaan-Nya. Tidak ada satu pun yag standing
dengan-Nya dan mampu menyerupai keagungan-Nya)
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُمْ
مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ
فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi
kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak
pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu.
Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan
Melihat.
(Surah As-Syura: 11)
5. Qiyamuhu Binafsihi (Berdiri Sendiri)
Allahﷻ berdiri sendiri, tidak bergantung dengan
sesiapa dan tidak memerlukan bantuan sesiapa pun.
وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya
jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah
benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.
(Surah Al-Ankabut: 6)
6. Wahdaniyah (Tunggal/ Esa)
Allahﷻ satu-satunya tuhan pencipta alam semesta.
لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ
لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ
Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan
selain Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah
yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.
(Surah Al-Anbiya: 22)
7.Qudrat (Berkuasa)
Allahﷻ Maha Kuasa atas segala sesuatu dan tidak
ada yang boleh menandingi kekuasaan Allah SWT.
يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ ۖ كُلَّمَا
أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا ۚ وَلَوْ شَاءَ
اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيرٌ
Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan
mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar
itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki,
niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah
berkuasa atas segala sesuatu.
(Surah Al-Baqarah: 20)
8. Iradat (Berkehendak)
Allahﷻ berkehendak atas segala sesuatu. Oleh
itu, apapun yang terjadi di atas kehendak Allahﷻ. Bila Allahﷻ berkehendak, maka jadilah dan tidak ada seseorang pun yang mampu mencegah-Nya.
خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ
وَالْأَرْضُ إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ
Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan
bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha
Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki.
(Surah Hud: 107)
9.’Ilmun (Mengetahui)
Allahﷻ mengetahui atas segala sesuatu sama ada
yang dilihat mahupun yang tidak dilihat.
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا
تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya,
(Surah Qaaf: 16)
10. Hayah (Hidup)
Allahﷻ Maha hidup, tidak akan pernah mati,
binasa, ataupun musnah. Dia kekal selama-Nya.
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ
وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ ۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا
Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal)
Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha
Mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya.
(Surah Al-Furqan: 58)
11. Sama’ (Mendengar)
Allahﷻ Maha Mendengar apa yang diucapkan hambanya
baik yang diucapkan mahupun yang disembunyikan.
قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا
يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا ۚ وَاللَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Katakanlah: "Mengapa kamu menyembah selain
daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat kepadamu dan tidak
(pula) memberi manfaat?" Dan Allah-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.
(Surah Al-Maidah: 76)
12. Basar (Melihat)
Allahﷻ Maha Melihat segala sesuatu. Semua yang ada
di dunia ini tidak lenyap dari penglihatan Allahﷻ. Penglihatan Allahﷻ tidak
ada batasnnya.
وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ
ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ
بِرَبْوَ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ
يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan
hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka,
seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan
lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat
tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat
apa yang kamu perbuat.
(Surah Al-Baqarah: 265)
13. Kalam (Berbicara)
Allahﷻ berfirman melalui kitab-kitab yang diturunkan
melalui perantara pada Rasulullahﷺ.
وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ
رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَٰكِنِ
انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ
فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ
فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ
الْمُؤْمِنِينَ
Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami)
pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung)
kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau)
kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman:
"Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu,
maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat
melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu,
dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah
Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada
Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman".
(Surah Al-A’raf: 143)
14. Kaunuhu Qadiran (Keadaan-Nya Yang Berkuasa)
Allahﷻ Maha Kuasa atas segala sesuatu yang ada
di alam semesta.
يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ ۖ كُلَّمَا
أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا ۚ وَلَوْ شَاءَ
اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيرٌ
Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan
mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar
itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki,
niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah
berkuasa atas segala sesuatu.
(Surah Al-Baqarah: 20)
15. Kaunuhu Muridan (Keadaan-Nya Yang Berkehendak)
Allahﷻ Maha Berkehendak atas segala sesuatu. Apabila Allahﷻ sudah mentakdirkan sesuatu perkara maka tidak ada yang dapat menolak
kehendak-Nya.
إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا
الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ إِنَّ اللَّهَ
يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ
Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya
mengalir sungai-sungai. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.
(Surah Al-Hajj: 14)
16. Kaunuhu ‘Aliman ( Keadaan-Nya Yang Mengetahui)
Sifat yang thabit bagi zat Allahﷻ yang berlaziman
dengan sifat ilmu Allahﷻ. Kata Abu Hassan Assyaari, Kaunuhu ‘Aliman membawa
maksud Allahﷻ bersifat dengan sifat ilmu.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ
بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ
بِالْعَدْلِ ۚ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ ۚ
فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ
وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا ۚ فَإِنْ كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا
أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ
بِالْعَدْلِ ۚ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ ۖ فَإِنْ لَمْ
يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ
الشُّهَدَاءِ أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَىٰ ۚ
وَلَا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا ۚ وَلَا تَسْأَمُوا أَنْ تَكْتُبُوهُ
صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَىٰ أَجَلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ
وَأَقْوَمُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَىٰ أَلَّا تَرْتَابُوا ۖ إِلَّا أَنْ تَكُونَ
تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا
تَكْتُبُوهَا ۗ وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ ۚ وَلَا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلَا
شَهِيدٌ ۚ وَإِنْ تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ
وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu
bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu
menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya
dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah
mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang
itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada
Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika
yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia
sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan
jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di
antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua
orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa
maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi
keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang
itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu,
lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada
tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika
mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak
ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila
kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan.
Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu
kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Surah Al-Baqarah: 282)
17. Kaunuhu Hayyan (Keadaan-Nya Yang Berpehidup)
Allahﷻ Maha Hidup. Dia selalumengawasi
hamba-hamba-Nya dan tidak pernah tidur)
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ
وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ ۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا
Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal)
Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha
Mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya.
(Surah Al-Furqan: 58)
18. Kaunuhu Sami’an (Keadaan-Nya Yang Berpedengar)
Allahﷻ itu Maha Mendengar. Tidak ada yang terlewat
bagi Allah dan tidak ada pula yang melampaui pendengaran-Nya.
قَالَ لَا تَخَافَا ۖ إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ
وَأَرَىٰ
Allah berfirman: "Janganlah kamu berdua
khawatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan
melihat".
(Surah Taha: 46)
19. Kaunuhu Basiran (Keadaan-Nya Yang Berpelihat)
Keadaan Allahﷻ yang Maha Melihat akan tiap-tiap
yang wujud. Allahﷻ selalu melihat gerak geri kita. Oleh itu, kita hendaklah
selalu berbuat baik.
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di
langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Hujurat: 18)
20. Kaunuhu Mutakalliman (Keadaan-Nya Yang
Berpekata)
Allahﷻ tidak bisu. Ia berbicara melalui
ayat-ayat al-Quran. Bila al-Quran telah dijadikan pedoman hidup maka kita telah
patuh dan tunduk terhadap Allahﷻ.
وَرُسُلًا قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ
وَرُسُلًا لَمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ ۚ وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا
Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh
telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak
Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa
dengan langsung.
(Surah An-Nisaa: 164)
Sifat kesempurnaan
Dua puluh yang tertera di atas yang wajib bagi Allahﷻ terkandung di dalam dua sifat kesempurnaan. Sifat tersebut adalah:
Istigna' ( ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ )
Kaya Allah
daripada sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia kepada
sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan
tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak
memerlukan dan tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.
- Maka, Maha
suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan
tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu.
- Sifatnya:
wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsih, sama',
basar, kalam, kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman.
Iftiqar ( ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ )
Yang lain
berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan
daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang
harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
- Sifatnya:
wahdaniat, qudrat, iradat, ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu
muridan,kaunuhu aliman,kaunuhu hayyan
Sifat yang harus.
Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh
Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau
meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumi, matahari
dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak wajib
bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus
pada hak Allah.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Kredit: Ustaz Don Daniyal &
Tafsir Al-Quran Online,